Pelakon, Nabila Huda tidak berdepan sebarang masalah untuk melakonkan watak ibu kepada aktor, Aedy Ashraf di dalam drama terbaharu, Lelaki Itu.
Menurut Nabila, sebagai pelakon yang berpengalaman, dia gemar melakonkan watak yang membawanya keluar daripada zon selesa.
“Bila diberitahu saya bakal membawa watak ibu kepada Aedy Ashraf, saya agak terkejut juga. Cabaran saya adalah untuk menjadikan watak ibu kepada anak remaja itu logik.
“Saya sudah biasa bawa watak seroang ibu tapi untuk membawa karakter yang lebih berumur, saya kena bekerja keras untuk tidak kelihatan muda,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, dia juga sudah membuat persiapan rapi dari segi pemakaian serta intonasi suara bagi menampakkan watak tersebut nyata dan tidak janggal untuk ditonton.
Ads
“Kalau ikutkan, saya dan Aedy ini seperti kakak dan adik. Namun, yang paling penting adalah cara kita berlakon.
“Intonasi suara akan lebih dari dalam dan postur badan juga tidak boleh terlalu mendada.
“Jadi, momen paling penat, bila saya kena membongkokkan diri sepanjang penggambaran. Pakaian kita pun memainkan peranan.
“Saya sangat cerewet dan ambil berat tentang watak. Semua aspek saya kena jaga. Saya tak nak watak itu nampak tak nyata. Uban pun saya tak nak pakai. Saya boleh berlakon jadi tua,” ujarnya lagi.
Ads
Ditanya sama ada timbul kebimbangan sekiranya dia hanya ditawarkan watak ibu selepas ini, ini reaksi yang diberikan oleh anak kepada penyanyi lagenda Datuk Amy Search itu;
“Saya yakin yang saya merupakan seorang pelakon yang versatil. Saya boleh berlakon jadi tua, muda dan bermacam karakter.
Ads
“Untuk menjadi pelakon yang baik, kota kena kaji pelbagai watak. Ini kerja kita. Jangan rasa down bila dapat watak seorang ibu.
“Umur saya sudah 40 tahun dan sesuai dengn watak ibu tapi saya juga boleh bawa watak orang muda yang belum berkahwin.
“Saya sentiasa yakin yang saya boleh bawa apa jua watak sekalipun,” akhirinya.
Terdahulu, drama Lelaki Itu bakal bersiaran di slot Samarinda TV3 pada pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam.
Drama ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Adi Putera, YM Sarimah Ibrahim, Nur Fazura, Nadia Brian dan Hanna Delisha.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Konvoi lapan lelaki warganegara Singapura yang masuk ke Malaysia untuk bersahur di Pagoh, Muar bertukar tragedi apabila mereka dirempuh sebuah lori kontena di kilometer 111.4 lebuh raya utara-selatan pada 23 Mac yang lalu.
Dalam kejadian itu, lori kontena yang dipandu lelaki berusia 33 tahun dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kumpulan tersebut yang berhenti di lorong kecemasan apabila motosikal salah seorang daripada mereka pancit.
Akibat daripada rempuhan itu, dua daripada lelaki warga Singapura meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat yang lain cedera parah dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Salah seorang yang maut adalah Muhammad Shahfiq Irman, 26, yang merupakan seorang penyanyi dan juara pertandingan realiti nyanyian popular di Singapura, Anugerah bagi edisi tahun 2017.
Menurut laporan Berita Mediacorp dalam temu bual bersama adik allahyarham, Syah Riszuan, abangnya ketika ini tidak aktif sebagai penyanyi dan baru sahaja menamatkan latihan khidmat negara.
“Arwah abang saya baharu sahaja selesai menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan bekerja sebagai jurulatih kecergasan di sebuah gimnasium swasta. Arwah tidak aktif dalam bidang nyanyian buat masa ini,” kongsi Syah Riszuan.
Jenazah telah dikebumikan pada Ahad, 24 Mac di Pusara Aman sekitar jam 11 pagi. Sekadari info, Allahyarham Shahfiq merupakan graduan Diploma dalam bidang muzik dari Kolej Seni LASALLE.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menjelaskan pihaknya tidak menumpang isu tular yang sensasi membabitkan madu Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan sebagai strategi pemasaran tudung, Wawa Scarves.
Wawa berkata, kerjasama itu telah dilakukan lebih awal selain mahu membantu wanita terbabit mencari rezeki.
“Sebenarnya ia kebetulan. Sebab kami pun sudah ‘deal’ dengan Misya sudah lama. Bukan kita menggunakan dia sebagai salah satu strategi pemasaran, tidak.
“Cuma pada masa yang sama, kita memang nak bantu dia juga. Iyalah, yang sebelah sana sudah banyak tawaran kerja. Jadi orang kata kita pun mahu dia menonjol juga.
“Mana tahu selepas ini supaya lebih banyak tawaran kerja juga buatnya ,” kata Wawa kepada MH ketika ditemui pada majlis Raikan Ramadan 2024 di Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Aeril turut menafikan spekulasi warganet yang mendakwa pemilihan wanita itu sebagai menangguk di air keruh atau mengambil ksempatan susulan isu tular yang berlaku.
“Kita akan selidiki terdahulu mana-mana pempengaruh yang tengah ‘in’ memandangkan setiap bulan memang akan ada artis atau pempengaruh yang bantu promosikan produk kami.
“Kalau nak kata ambil kesempatan tu, tak betul juga. Malah saya pun tak berapa pasti sejauhmana dia dianaiya atau sebaliknya.
“Mana tahu dia pun bahagia saja. Dalam hal ini, ia lebih kenapa kami mahu membantu. Bukan hanya nak bantu dia tetapi sesiapa sahaja,” katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Aeril dan Wawa turut melancarkan produk terbaharu mereka, iaitu advance moisturizer dan cleansing oil yang hadir menerusi set ‘Love Your Skin.’
Dihoskan oleh Izzue Islam, majlis bertemakan serba putih itu turut dihadiri lebih 200 jemputan, terdiri daripada para pengedar, pempengaruh media sosial dan warga kerja Wawa Cosmetics.
Turut diraikan pada majlis sama ialah lebih 100 pelajar tahfiz dan anak-anak yatim terpilih yang menerima sumbangan duit raya dan beg sekolah.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berteka-teki, pelakon Amelia Christie mendedahkan dirinya kini sudah kembali ‘single’ dan tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.
Menurut Amelia, dia tidak kisah untuk menjawab persoalan tersebut dan tidak mahu berselindung lagi mengenai statusnya itu.
“Saya kini single. Saya tak kisah pun nak jawab sebab kita kena bagitahu yang kita single,” katanya.
Amelia berkongsi perkara itu semasa ditemu bual satu jenama tudung yang menggunakan khidmatnya selaku model di aplikasi Tik Tok.
Pada masa sama, Amelia turut berkongsi ciri-ciri lelaki idaman yang ingin dijadikan pasangan hidup.
“Saya suka lelaki yang betanggungjawab, sopan santun dan baik hati,” jawabnya ringkas.
Sebelum ini, Amelia dikaitkan sedang menjalani hubungan istimewa dengan aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad.
Bagaimanapun, ketika ditemui MH sebelum ini, Sharnaaz memaklumkan dia tidak pernah mengiyakan hubungannya dengan Amelia.
Malah, Sharnaaz juga enggan memberikan sebarang komen susulan dia dan Amelia dilihat sudah tidak mengikuti akaun masing-masing di Instagram.
Jelas Sharnaaz, dia kini hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya dan anak lelaki tunggalnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...