Sinonim dengan penampilannya yang berkaki ayam ketika membuat persembahan, penyanyi Elyana akui bahawa dia selesa dengan cara sedemikian.
Popular dengan lagu Diriku Tapak Sulaiman, Elyana berkongsi sebab dia tidak gemar memakai kasut tumit tinggi (high heels), sebaliknya lebih selesa dengan pemakaian kasut flat (flat shoes).
Perkongsian itu dilakukan secara langsung menerusi program bual bicara, Mingguan Wanita semalam (Isnin) dengan tajuk Kasut Tumit Tinggi, Seksi Ke Seksa?.
“Sebenarnya perkara ini (tidak pakai tumit tinggi) sudah terjadi lama. Saya memang tak biasa pakai sedemikian daripada zaman sekolah lagi.
“Ketika di zaman sekolah, saya akui saya seorang pelajar nakal dan selalu didenda oleh cikgu seperti kena buka kasut. Jadi, saya sudah biasa berkaki ayam dan rasa sedap pijak alam semulajadi,” kongsinya jujur.
Ads
Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal acap kali dimarahi pereka fesyen kerana tidak selari dengan pemakaian ketika menghadiri majlis berprestij.
“Sekiranya saya pergi mana-mana majlis berprestij atau red carpet, saya akan memakai gaun yang panjang berjela dan dalam itu adalah selipar jepun.
“Ada juga segelintir pereka fesyen yang merajuk dengan saya. Tapi saya tak boleh buat apa, sebab ini keselesaan diri saya,” ujarnya.
Ads
Malah, Elyana lebih selesa memakai kasut flat atau berkaki ayam ketika membuat persembahan di atas pentas seperti sebelum ini.
“Kalau saya buat persembahan dengan memakai kasut tinggi, automatik saya akan lupa lirik. Saya jadi tidak berkeyakinan.
Ads
“Selalu juga dimarahi pereka fesyen kerana apabila melakukan persembahan, nampak tidak cantik jika tidak mengenakan kasut bertumit tinggi. Saya dah cuba, tapi memang tak boleh,” jelasnya lagi.
Ikuti temu bual lebih lanjut bersama Elyana yang dihoskan Erra Fazira dan Siti Elizad.
Turut hadir membincangkan kesan pemakaian tumit tinggi iaitu Pakar Sendi Tulang & Pengurusan Tekanan, Dr.Shahnun Anwar.
Rita Rudaini mengakui dirinya ada perasan kewujudan akaun palsu yang dicipta sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang secara tiba-tiba akan muncul meninggalkan komen negatif apabila dia berkongsi foto anak-anak di laman Instagram.
Tambah Rita, ada ketikanya dia akan turut mengambil pendirian untuk membalas sesetengah komen yang ditulis dari akaun palsu terbabit pada entri foto melibatkan dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.
“Saya ada juga berikan reaksi terutamanya yang beri komen menggunakan akaun palsu. Kebanyakannya yang tidak bergambar. Saya akan balas.
“Saja kadang-kadang kalau ada masa saya ‘melayan’,” katanya.
“Saya perasan, kadang-kadang kalau kongsikan foto anak-anak menerusi Instagram, akan ada akaun palsu yang akan tinggalkan komen.
“Pelbagai komen yang muncul, malah ada yang macam tak puas hati. Nak buat macam mana? Sebabnya, bila saya kongsi foto anak, ramai yang akan berkait, contohnya ada yang beri komen ‘mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, macam bapa mereka pandai main bola dan macam-macam lagi, akan masuk balik kenangan dulu.
“Saya okay sajalah. Tapi ada pula akaun palsu komen yang tak baik, jadi dari situlah saya mula balas komen,” jelasnya kepada MH.
Ditanya sejauh mana dirinya sebagai seorang selebriti perlu menjawab respon tidak berasas dari sesetengah akaun palsu di media sosial, bintang Mami Jarum ini menyifatkan selebriti juga sama seperti penggguna media sosial lainnya.
“Selalunya saya ikutkan mood. Bagaimanapun, selebriti pun manusia biasa. Jika ia dikira melampau dan rasa perlu komen, komenlah.
“Cuma cara komen tu biarlah berasas atau pun nasihat. Kadang kita pun nak hiburkan ‘hatinya’ yang sunyi, ‘dia’ pun perlukan respon dari kita,” seloroh Rita.
Rita terdahulu ditemui media sejurus selesai saingan program All Stars Buka Panggung (ASBP) minggu keempat, Ahad lalu.
Bintang berusia 41 tahun itu mengungguli minggu keempat program berkenaan, sekali gus menjadi juara mingguan wanita pertama dengan menafikan kemaraan Datuk Fizz Fairuz, Johan Asari dan Ruhainies ke peringkat separuh akhir.
Atas kemenangan yang diraih, Rita memenangi RM4,000 berserta trofi dan wang tersebut telah disumbangkan kepada pelakon veteran tanah air yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Ramli Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra.
Merupakan ahli Persatuan karyawan Malaysia, Pak Limra kini difahamkan berada di Pusat Jagaan Mahmudah Warga-Warga Tua di Semenyih, Selangor.
Rita bakal berentap bersama pemenang episod-episod lain pada pusingan separuh akhir pada minggu keenam nanti.
Pusingan akhir pula akan berlangsung pada minggu ketujuh.
ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.
Menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara sementara Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.
ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand bersiaran setiap Jumaat, pukul 9.00 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.
Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Aku jadi cemburu setiap kali melihat wanita hamil. Satu2nya anugerah Allah buat seorang wanita yang tidak akan dapat aku nikmati hinggalah akhir nyawaku.
“Betapa beruntungnya kau @vieshantiekhan menjadi seorang wanita sejati, mendapat suami yg mencintai kau, memiliki zuriat yg menjadi simbol pada kebahagiaan kalian.
“DAN mendapat anak2 yg selamanya akan menghargai kau sebagai ibu yang melahirkan mereka. Congrats adik ku,” tulisnya memberikan dedikasi.
Turut sama hadir memeriahkan sesi berkenaan ialah Datin Paduka Eina Azman dan adik Erma, aktres Datin Seri Umie Aida.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan respon positif dan semangat buat bintang berkenaan.
Sekadar imbasan, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Badaruddin Azmi pada 1991.
Pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah kira-kira dua tahun lalu selepas lebih 26 tahun mendirikan rumah tangga.
Erma bagaimanapun difahamkan menjaga lima anak angkat iaitu iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain.
Foto: Instagram Erma Fatima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri ada mendedahkan sebab dirinya suka bermewah-mewah dalam berfesyen.
Atas usaha keras dalam apa yang dilakukan selain mengenang kisah lalu ia sekali gus memberi inspirasi buat penyanyi Abang Nak Tegur ini.
“Ramai orang bertanya dengan abang kenapa abang suka berfashion habis berjuta2.. jawapan abang mudah sahaja dulu abang susah sgt… tak mampu nak beli semua ini tapi abang tak ada duit.
“Bila abang dah kerja keras dan abang dah percaya dengan hasil perniagaan abang-abang nak bebas untuk memiliki apa yang abang nak alhamdulillah impian dah jadi kenyataan yang penting cari rezeki dengan cara yang Halal,” tulisnya.
Penyanyi Shiha Zikir sekali lagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini apabila tampil dengan lagu raya terbaharu berjudul Memori Raya.
Lagu tersebut merupakan hasil kolaborasi antara...