Penerbit Aron Koh tampil menerbitkan buku berjudul ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking yang menceritakan perihal pengalamannya selama 18 tahun dalam industri perfileman.
Diterbitkan dalam bahasa Inggeris, buku berkenaan dilancarkan selepas Aron sukses di dalam menerbitkan beberapa buah filem antaranya Show Me Your Love, Haunted Hotel dan Zombitopia.
Mengharapkan agar perkongsiannya di dalam buku tersebut dapat memberi manfaat kepada pembikin filem muda, Aron antara lain juga mahu membantu penggiat seni memahami selok belok industri selain arah aliran industri pasca-pandemik.
“Menerusi buku ini saya pecahkan pengalaman saya kepada lima bab memandangkan pengalaman saya yang meliputi 18 tahun itu. Tentu banyak perkara yang ingin saya kongsikan.
“Saya ada kongsi pengalaman tentang keadaan semasa industri filem Malaysia, cabaran dalam industri dan jalan ke hadapan untuk industri. Saya ada menganalisis secara menyeluruh pemahaman dan pandangan saya terhadap industri, masalah yang dihadapi oleh industri dan memberi cadangan yang kontra,” katanya.
Ads
Pengasas dan penerbit eksekutif Lomo Pictures ini juga antara lain turut bercerita tentang proses pembikinan filem, bagaimana industri filem berfungsi dan elemen kejayaan sesebuah filem, sama ada filem terbitannya atau pun karya orang lain menerusi buku yang dilancarkan awal Disember lalu itu.
Malah, dia turut yakin buku ini akan memberi inspirasi dan pandangan kepada pembikin filem baharu, lepasan ijazah dan mereka yang sedang menunggu peluang serta pembikin filem luar negara tentang industri filem.
“Industri perfileman global telah terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu, pawagam terpaksa dihentikan operasi, penerbitan filem dihentikan, pembangunan industri berada dalam risiko.
“Bagaimanapun, wabak itu telah meningkatkan platform penstriman digital seperti Netflix, Disney dan iQiyi. Kini, selagi produk itu didigitalkan, maka akan ada lebih banyak peluang pada masa hadapan,” katanya lagi.
Ads
“Semasa PKP 3.0, saya mempunyai lebih banyak masa di rumah yang membolehkan saya menumpukan perhatian dan menghabiskan buku
“Sebab mengapa saya memilih untuk menulis buku ini sepenuhnya dalam bahasa Inggeris adalah kerana saya mahu lebih ramai orang, malah warga asing, memahami situasi filem tempatan kita.
“Matlamat terbesar saya adalah menggalakkan rakan sekerja saya dalam industri untuk tidak berputus asa walaupun selepas mengalami pandemik Covid-19, harapan sentiasa ada dan kami akan mempunyai lebih banyak peluang selepas ini,” katanya.
Ads
Terdahulu, majlis pelancaran buku berkenaan turut disusuli dengan pengenalan beberapa projek baru selain tayangan filem akan datang, iaitu Small Town Heroes, Tiga Adiwira, Indera, Gila Gusti dan Oh My Soul.
Aron turut mendedahkan bahawa buku ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking, yang telah diperakui oleh blockchain agency, merupakan karya pertama pembuat filem Malaysia yang akan diletakkan di platform dagangan NFT.
Aron juga berbesar hati menyumbangkan 300 buku kepada perpustakaan awam Selangor untuk bacaan umum.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa jam lalu, pengacara Roslan Shah ada berkongsi sekeping foto yang merakamkan gambar abang iparnya, Mohammed Haszari yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya sekitar jam 7.00 pgi tadi sekitar Boon Lay, Singapura.
Malah, Roslan turut memaklumkan bahawa abangnya mempunyai masalah ingatan yang kurang stabil.
“Salam semuanya ….Minta Tolong warga Singapura Abang Ipar kesayangan cik lan hilang jam 7 pagi tadi sewaktu kakak cik lan nak solat subuh.
“Abang Ipar cik lan keluar rumah sampai sekarang tidak balik rumah kerana ingatannya tidak stabil ….eelalunya kakak cik lan kunci pinttu pagi tadi anak kakak cik lan pergi sekolah terlupa nak kunci balik,” tulisnya.
Malah Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan turut memohon warga Singapura khususnya supaya menghubungi dirinya andai terjumpa lelaki berusia 49 tahun itu.
“Mohon kepada anda semua yang tinggal area Boo Lay kalau ada sesiapa terjumpa Abang Ipar Cik lan namanya Mohammed Haszari berusia 49 tahun badannya gempal sikit.
“YA Allah aku memohon kepada mu dapat jumpalah Abang Ipar kesayangan cik lan nanti…ada sesiapa terjumpa nanti tolong DM cik lan ya….amin…doakan yang baik baik… #share3…#Love3…mohon pertolongan dari anda warga Singapura ya,” tulis Roslan panjang lebar.
Ramai yang teruja apabila penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi tetamu undangan di Sepahtu Reunion Live yang disiarkan di Astro Warna pada Khamis.
Meski jarang mengikuti program hiburan melibatkan elemen lakonan, namun Siti tetap cuba memberikan sepenuh komitmen hingga penampilannya menerusi program muzikal berkenaan menerima pujian.
Siti menerusi perkongsian di Instagram menjelaskan, penglibatannya dalam rancangan berkenaan adalah sekadar suka-suka sahaja.
Malah dia turut berterima kasih dan memberikan kredit kepada semua pihak yang terlibat.
“Semalam di Sepahtu Reunion Live, lima persalinan baju, macam nak buat konsert dah, bergegas ke belakang pentas, salin baju, tukar tudung. Nasib baik sempat, tak senget tudung.
“Suka-suka saja, saya taklah pandai berlakon. Terima kasih Jep, Pak Ya, Rahim dan seluruh team yang membantu.
“Terima kasih Mek Kembang Cotton sediakan dua persalinan baju kurung saya, sehari je siap tempahan dan Epie Temerloh untuk solekan,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen pada entri tersebut, ramai memuji lakonan Siti selain penampilannya yang manis dipandang.
“MasyaAllah kelakar Tok Ti. Saya dan husband terhibur tengok. Nak-nak time batuk. Sangat-sangat membantu keluarga Sepahtu,” komen peminat.
“Comelnya Tok Ti. Tiba-tiba rasa nak pakai kurung cotton dan tudung bawal pula untuk raya bila tengok Tok Ti,” puji peminat.
“Best sangat-sangat. Terbaik Kak Iti. Part batuk tu terhibur tau,” antara komen yang diberikan.
“Yang paling lawak time batuk tu,” peminat berikan pendapat.
“Pandai Tok Ti berlakon, part batuk tu yang best,” respon yang diberikan peminat.
Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah membuat penampilan khas menerusi pementasan P. Ramlee The Musical musim pertama, mendukung watak sebagai Azizah.
Hero drama bersiri Nur 2, Syafiq Kyle mengakui pada awalnya agak skeptikal apabila mendengar ura-ura drama rantaian tersebut akan mempunyai sequel.
Ini kerana, pada pandangannya, drama berkenaan hanya akan berkisar terhadap apa yang pernah dipaparkan menerusi drama terdahulu. Bagaimanapun, taggapan tersebut silap.
“Apa yang saya nampak dalam skrip Nur 2 ialah suatu yang boleh dikatakan moving forward. Saya persalahkan diri sebab pada awalnya saya judge sendiri.
“Drama sequel mesti akan pusing balik dalam Nur. Tapi tidak, pengarah dan penulisnya, Shahrulezad tahu dengan apa yang dia lakukan. Dia tulis pun berdasarkan apa yang berlaku pada sama kini, selain perkara viral lainnya. Itu yang saya nampak,” katanya kepada MH.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Drama berkenaan dijangka ditayangkan bulam depan, mengisi slot Samarinda yang setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam.
Pelakon lain yang turut terlibat di dalam drama bersiri ini ialah barisan pelakon asal Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah dan Azhan Rani.
Selain itu, beberapa bintang turut terisi sebagai penampilan khas. Antaranya Mathni Razak, Helmi Moin, Kuna dan Zaidi Omar.
Sedang diulit bahagia, pelakon Siti Hariesa tidak menafikan dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan hati yang masih dirahsiakan.