Meskipun baru sahaja discaj daripada Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani prosedur peletakan sten, pelakon dan pelawak Azlee Senario tetap hadir ke majlis tayangan perdana filem terbaharu, Saka Perawan malam tadi.

Menurut Azlee, sebagai salah seorang pelakon utama, dia mahu memberikan sokongan buat pengarah Dr. Ahmad Idham.

“Saya Patut Berehat Tapi…,” – Azlee Senario Gagahkan Diri Hadiri PC Saka Perawan, Update Keadaan Terkini

“Sebenarnya saya patut berehat di rumah kerana masih di dalam fasa pemulihan. Namun, bila melihat sesi siaran langsung Dr. Ahmad Idham di Tik Tok semalam, rasanya saya kena datang juga ke tayangan perdana sebab saya salah seorang pelakon.

“Saya gagahkan diri juga kerana nak berikan sokongan moral dan mahu filem ini mendapat sambutan luar biasa.

“Doktor memang minta saya berehat di rumah tapi saya minta kebenaran isteri untuk datang juga,” katanya kepada MH ketika sesi sidang media.

Bagaimanapun, Azlee menganggap kehadirannya pada malam ini sedikit sebanyak memberikan ruang buat tubuhnya untuk aktif bergerak.

IKLAN

“Saya Patut Berehat Tapi…,” – Azlee Senario Gagahkan Diri Hadiri PC Saka Perawan, Update Keadaan Terkini

“Doktor memang tak tahu saya datang malam ini. Namun, saya ini seorang yang komited bekerja. Pada saya, kehadiran saya ke sini malam ini, ada bagusnya juga.

“Setidaknya saya dapat bersenam ketika berjalan. Kalau duduk di rumah sahaja pun tepu juga. Bila saya tiba ke majlis ini, Ahmad Idham dan para pelakon peluk saya.

“Mereka tak sangka saya datang dan mendoakan saya lekas sembuh. Kami sudah seperti adik beradik,” ujarnya lagi.

IKLAN

Ditanya mengenai kondisi kesihatannya ketika ini, anggota kumpulan Senario itu memaklumkan dia kini sedang membiasakan diri dengan keadaan jantung selepas menjalani rawatan.

“Saya masih dalam tempoh pemulihan. Bila naik tangga, normallah bila ada rasa sedikit lemah. Saya pun baru sahaja memasukkan sten dan belon dalam jantung.

“Jadi, doktor memang minta kita rajin buat senaman ringan supaya keadaan jantung saya lancar,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Azlee sempat berkongsi hal-hal yang terlintas di fikirannya saat terkena serangan jantung.

IKLAN

“Saya Patut Berehat Tapi…,” – Azlee Senario Gagahkan Diri Hadiri PC Saka Perawan, Update Keadaan Terkini

“Masa diserang, saya sudah pandang wajah isteri, anak sulung dan fikiran saya teringat kepada anak yang belajar di kolej.

“Saya juga sudah mengucap. Dalam hati saya berdoa andai Allah nak panjangkan umur saya, panjangkanlah. Kalau nak ambil nyawa saya pun saya reda. Ketika itu saya rasa sakit sangat.

“Tapi Allah masih sayangkan saya. Andai kata saya lambat lima minit tiba di IJN, mungkin saya sudah meninggal. Saya bersyukur doktor-doktor dapat menyelamatkan saya,” akhirinya.

Terdahulu, Saka Perawan merupakan sebuah filem bergenre seram komidi yang dibintangi barisan pelakon seperti Azlee, Sophia Albarakbah, Isyariana, Nellisa Nizam dan Datuk Eizlan Yusof.

Filem terbitan Grand Brilliance itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 Jun ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI