“Saya Patah Hati,” – Alami Masalah Kekejangan Otot, Celine Dion Terpaksa Batal Persembahan Di Las Vegas

Share

Penyanyi hebat, Celine Dion memaklumkan khabar kurang enak kelmarin dalam satu hantaran di laman Instagramnya apabila dia terpaksa membatalkan persembahan residensinya di Resort World, Las Vegas akibat masalah kesihatan yang membelenggu diri.

Menerusi kenyataan dalam hantaran tersebut, “Saya patah hati ekoran perkara ini. Saya dan pasukan saya telah berkerja keras untuk persembahan baru kami sejak lapan bulan lalu, dan tidak dapat melakukannya pada November ini amat menyedihkan saya.

“Rakan kongsi saya di Resorts World Las Vegas dan AEG telah bekerja sepanjang masa untuk menyediakan teater tercanggih serba baharu ini, dan ia sangat cantik.”

Ini merupakan persembahan pertama pelantun lagu My Heart Will Go On ini pasca pandemik Covid-19 setelah terpaksa menangguhkan persembahan akibat virus tersebut. Bahkan tiket kutipan pada malam pertama pembukaan persembahan tersebut sudah dirangkakan untuk mengumpul dana khusus untuk bantuan Covid-19.

Jika ibu kepada tiga anak ini tidak sakit, dia dijangkakan mengadakan sebanyak 21 persembahan yang akan bermula dari November tahun ini sehingga Februari 2022.

Meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa membatalkan persembahan, penyanyi berusia 53 tahun ini berkata, “Saya berasa sangat sedih kerana terpaksa mengecewakan mereka, dan saya amat kesal kerana mengecewakan semua peminat yang telah membuat perancangan untuk datang ke Las Vegas. Sekarang, saya perlu fokus untuk menjadi lebih baik.”

Menjelaskan lagi keadaan dan masalah yang dialami oleh Celine, dalam satu kenyataan media menyatakan yang penyanyi tersebut mengalami masalah kekejangan otot yang teruk dan berterusan. Perkara itu menghalangnya untuk beraksi di pentas.

Sumber gambar: Instagram Celine Dion

 

 

 

 

IKLAN