Pelakon Rita Rudaini berkongsi rakaman video dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan menyatakan rasa bangga atas pencapaian kedua-duanya.
Malah, jelasnya, kebolehan Airit Qaqa Arjuna, 9, menghafaz tanpa merujuk kitab merupakan amalan yang dipraktikkan setiap hari iaitu memasang bacaan Al-Quran di rumah 24 jam tanpa henti.
“Alhamdulillah…home sweet home…sblm mommy sambung keja balik jumaat ni…ryan ckp dia ada competition dgn makngah @cik_ala117 hafal juzuk 30 😂 …well done adik dh bole hafal ayatul kursi 👏🏻👏🏻…mommy tanya mcm mana adik ble hafal,dia jwb dia dgr mommy pasang quran je…budak2 terang hati 😌…..buat ibu2 smua,sy pasang 24jam nonstop jd automatik bila2 hari2 dgr insyaallah bole ingat dan hafal 😊,” kongsinya.
Kagum dengan cara didikan ibu tunggal ini, netizen turut meninggalkan reaksi di ruang komen.
Ads
Ads
Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008, namun bercerai pada September 2013. Pasangan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Arjuna, yang kini dibawah jagaan Rita.
Foto : Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang juga Juara program Mentor musim keempat, Mohd akui dirinya akan terus mencari rezeki dengan bekerja sebagai pemandu e-hailing seperti Grab atau MyCar sekiranya tiada jemputan undangan nyanyian.
Mohd seperti yang dititipkan menerusi Instagram menambah, dia juga tidak meminta bantuan dari kerajaan kerana sedia sedar, ada individu yang lebih layak dibantu.
“Hi, saya mohamad juara mentor 4,okay. Saya ni artis tetapi saya tidak meminta minta pun bantuan dekat kerajaan kerana saya sedar ada orang lebih layak lagi memerlukan bantuan.
“Walaupun kehidupan ini tidak selalunya indah itu yg membuat saya terus berusaha mencari rezeki untuk keluarga kerana saya masih mampu lagi dan kuat.
“Kadang bila tiada job untuk show, saya akan buat ehailing seperti Grab, Mycar dan sebagainya. Sy tak malu pun bawa Grab sebab rezeki itu ada dimana2 yg penting usaha,” tulisnya.
Mohd yang kini menggunakan nama komersial,Mimn, turut memberitahu dia seronok terlibat dalam ehailing kerana dapat bertemu dengan ramai orang.
Dia pada masa sama turut berkongsi mengenai hakikat kehidupan.
“Seronok bawa ehailing ni jumpa macam2 orang. Kalau ada penumpang nk saya menyanyikan lagu boleh je yg penting anda terhibur dan sampai ke destinasi yg hendak dituju. Jangan lupa bagi 5 bintang ya.
“Hidup ini jangan sombong, tak rugi pun rendah diri kerana kehidupan ini ibarat roda yg berpusing. Kadang diatas kadang dibawah. Orang cerdik boleh salah, orang pintar boleh gagal dan orang hebat pun boleh jatuh.
“Arwah abah saya pernah pesan , kalau tak boleh memberi jangan la kita meminta2 cuba berusaha dulu inshaAllah akan dipermudahkan.
“Saya dah lama gile susah sebelum PKP lagi tak pernah pun minta “bantuan khusus”.
“Terima kasih kerajaan Malaysia duit keluarga dapat, ehailing dapat dan macam2 lagi itu pun dah bersyukkur sangat. bersyukur akan membawa kita kepada jalan kemudahan,” katanya lagi.
Terdahulu, Mohd atau nama sebenarnya, Mohamad Izwan Mohamad Nor menjadi juara bagi program hiburan realiti itu di bawah didikan Ziana Zain kira-kira 10 tahun lalu.
Foto: Instagram Mohd Mentor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memuat naik statistik jumlah kematian pada tahun 2020, jelas pelawak, Harith Iskander, meski penularan wabak COVID-19 serius sehingga membabitkan hampir 3000 kematian setakat ini, namun isu lain harus diberi perhatian.
Dia turut menasihati agar sentiasa menjaga kebersihan dalam setiap yang dilakukan.
Menerusi statistik yang dikongsikan, pengguguran bayi mencatatkan bilangan kematian paling tinggi setakat ini dengan jumlah lebih 6 juta kes.
Manakala kanser mencatatkan 1.2 juta bilangan kematian.
“Yes Covid-19 is serious. But so are a lot of other issues. We need to have perspective, people!
“Maintaining good hygiene should be an everytime all the time practice. Go to worldometer.info for more numbers.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya