Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Keka menafikan dakwaan yang mengatakan insiden dia terjatuh dari anak tangga ketika membuat persembahan di konsert minggu separuh akhir RTSM malam tadi, sebagai gimik yang sengaja dirancang.
Menurut Keka, dia bersyukur kerana tindakan pantasnya untuk kembali bangun sejurus terjatuh tidak mencacatkan persembahannya secara keseluruhan.
“Apa yang terjadi di atas pentas itu bukan dirancang. Memang berlaku masalah teknikal. Ketika itu, saya hanya tawakal sahaja.
“Ketika menuruni tangga, saya tidak mahu tunduk ke bawah kerana ia akan nampak tidak cantik. Jadi, saya hanya melihat menggunakan ekor mata.
“Nampak seperti anak tangga itu sudah habis. Sebenar tidak. Itu yang menyebabkan saya terjatuh.
“Saya ingatkan masa hadapan saya sudah gelap tapi ternyata saya masih sedar dan fokus tidak lari. Kiranya teknik ‘improvisation’ saya menjadi,” katanya kepada MH.
Keka berkata sedemikian ketika ditemui selepas berakhir konsert separuh akhir RTSMY yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam pada Ahad.
Ads
Pada masa sama, Keka atau nama sebenarnya Nur Zuleikha Qaisara mengakui dia terpaksa menahan sakit sepanjang persembahan berlangsung.
“Bila terjatuh, rasanya memang sakit. Berdenyut kaki saya. Mungkin selepas malam ini, sakitnya akan lebih teruk. Tapi saya rasa barbaloi sebab dapat masuk ke final.
“Alhamdulillah, insiden ini tidak telalu menjejaskan persembahan. Komen juri juga sangat positif. Perancangan Allah itu sememangnya baik,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Keka juga enggan mengambil pusing bila ada pihak yang mendakwa insiden terjatuh itu seperti sengaja dirancang demi meraih perhatian.
Ads
“Untuk yang kata insiden ini adalah gimik yang dirancang, saya tak boleh nak salahkan mereka. Mereka tidak tahu hal sebenar dan tiada di tempat saya.
“Apa yang boleh saya jelaskan, insiden itu memang bukan dirancang. Saya pun panik tapi Allah tolong saya.
“Saya sangat gembira dan bangga dengan diri sendiri kerana dapat bertindak sebegitu,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Keka turut menyambut baik komen juri tetap, Aina Abdul yang menyifatkan dirinya sebagai penghibur profesional.
Ads
Jelas Aina lagi, bukan semua penghibur mampu bangkit daripada situasi sedemikian dan dia juga mungkin akan menangis jika harus melalui insiden yang sama.
“Jika saya tidak dapat masuk mengikut tempo yang betul, mungkin saya akan down juga di situ. Namun, mungkin rezeki saya untuk jatuh di momen itu dan dapat kembali bangun di waktu yang tepat.
“Kalau saya perlu menangis, ia adalah menangis kegembiraan,” akhirinya.
Sejak semalam, nama Keka menjadi perhatian apabila dia berjaya menampilkan persembahan memukau meskipun terjatuh ketika tugasan pertama.
Disebabkan insiden tersebut dapat diatasi dengan sangat baik, ada pula netizen mendakwa momen itu sengaja dirancang demi meraih perhatian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua buat cinta hati saya. Sejak hari pertama sehingga sekarang, awak tak pernah minta saya buat kerja rumah atau buat saya risau tentang hal-hal kecil.
“Awak hanya terus manjakan, lindungi dan menyayangi saya seperti puteri raja,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan pelakon drama Racun Rihanna berkenaan menerusi hantaran di Instagram.
Selain itu, Intan turut menyifatkan ikatan kasih sayang mereka bertambah erat dengan kehadiran cahaya mata pertama, Imane Lunara.
“Malah, dengan kehadiran anak perempuan tersayang, Lunara, rasa cinta kita jadi lebih lengkap. Saya suka jalani hidup ini bersama awak,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dan mendoakan agar Intan dan suami kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“Happy anniversary. Saya doakan agar hubungan kalian berdua sentiasa dalam kasih sayang dan rahmat Allah. Semoga sentiasa dilindungi dan dijaga oleh Allah jua.
“Semoga berbahagia hingga ke syurga Allah.
“Rasanya macam baru semalam tengok majlis perkahwinan awak. Cepat masa berlalu. Semoga bahagia dunia akhirat.
“Isteri kekal cantik sebab dapat suami yang betul-betul jaga isteri dan keluarga dia. Mampu beri kemewahan. Tahniah Intan dan suami. Happy anniversary,” antara komen warganet.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga bersama Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos 2023.
Hasil perkongsian hidup itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara, yang lahir pada 15 Disember 2024.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Intan Najuwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Harissa Adlynn terkilan apabila timbul dakwaan yang mengatakan dia mudah rasa tidak selesa bila ada pelakon lelaki yang cuba rapat dan berbuat baik dengan dirinya ketika di set penggambaran.
Menurut Harissa, isu yang dibangkitkan ini adalah fitnah yang sengaja direka untuk mencalarkan nama baiknya sebagai pelakon baharu.
“Saya terkejut bila isu ini timbul. Situasi seperti itu tidak pernah wujud. Saya pun tertanya-tanya, siapakah yang mula reka kisah ini? Saya nak individu tersebut datang jumpa saya dan bagitahu apa yang dia tidak puas hati.
“Hal ini adalah fitnah dan saya bersumpah ia tidak pernah berlaku. Di setiap set penggambaran, saya sentiasa okay dan menjaga hubungan baik dengan rakan pelakon.
“Tak pernah ada cinta lokasi. Jika ada rakan-rakan pelakon yang suka saya, saya tak pernah sampai ke tahap rasa tak selesa.
“Saya okay sahaja kalau nak berkawan. Malah, saya tak pernah minta pihak produksi untuk menepis mana-mana individu yang cuba dekati saya di set penggambaran,” katanya kepada MH.
Harissa berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama terbaharu yang berjudul Kerana Seroang Lelaki, baru-baru ini.
Katanya lagi, jika hal seperti ini benar-benar berlaku, dia boleh menyelesaikan sendiri tanpa perlu memperbesarkan sehingga menyusahkan pihak produksi.
“Saya seorang wanita yang kuat. Jika ada pihak yang berkelakuan pelik terhadap saya, saya sendiri akan tepis perkara itu dan maklumkan kepada mereka yang kita perlu jadi profesional.
“Saya boleh sahaja bersemuka dengan individu tersebut. Kalau saya sudah tidak tahan sangat, saya akan maklumkan kepada pengurus saya,” katanya.
Dalam pada itu, Harissa turut menggesa mereka yang terlibat untuk berhenti menyebarkan fitnah dan sebaik membuat permohonan maaf.
“Berhentilah membuat fitnah. Jika berita seperti ini keluar dan ia tak betul, saya agak terkilan. Ia boleh jejaskan nama baik saya.
“Jika ada produksi yang nak tawarkan saya berlakon, mungkin nanti nama saya akan ditolak kerana mereka anggap saya ini susah untuk beri kerjasama.
“Padahal cerita itu tidak betul pun. Sesiapa reka cerita ini, saya harap anda tampil dengan permohonan maaf,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Harissa turut menafikan dakwaan yang mengata dia kini bersikap diva meskipun namanya baru sahaja dikenali.
“Kalau saya diva, ibu akan hempuk saya dulu. Anda sendiri boleh bertanya kepada mana-mana rakan pelakon yang pernah bekerjasama dengan saya, pasti mereka akan kata saya ini mudah untuk bekerjasama.
“Saya pun tak pasti nama saya jadi perhatian disebabkan pelbagai isu. Saya tak buat apa-apa pun. Hidup saya sangat tenang. Saya tak suka cipta sebarang isu,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Anuar Zain meluahkan rasa syukur apabila segala urusan pengebumian bapanya, Allahyarham Zin Abdullah, berjalan lancar dan dipermudahkan.
Menurut Anuar, semua urusan selepas bapanya meninggal dunia selesai dalam tempoh kurang lima jam.
“Alhamdulillah segala urusan arwah dipermudahkan. Segala proses hanya mengambil masa di bawah lima jam. Saya bersyukur semuanya berjalan lancar.
“Proses mandikan jenazah juga mudah dan cepat. Pihak masjid juga menguruskan segalanya dengan baik.
“Kata orang, jika urusan mati seseorang itu dipermudahkan, itu bermakna orang itu sangat dikasihi Allah SWT,” katanya kepada MH ketika ditemui di Tanah Perkuburan Elmina, Shah Alam pada Selasa.
Pada masa sama, penyanyi lagu Sedetik Lebih itu turut berkongsi, bapanya telah disahkan menghidap kanser sejak Disember tahun lalu.
“Arwah meninggal dunia di rumah dan disahkan oleh pihak paramadik. Arwah ayah memang ada mengidap kanser prostat.
“Kita dapat tahu pada bulan Disember tahun lepas. Kansernya itu sudah merebak.
“Sebelum ini, arwah ayah ada buat rawatan prostat tapi tiada sebarang tanda-tanda. Cuma pagi tadi dia alami cirit-birit. Tapi saya boleh katakan dia pergi sudah tiba masanya,” ujarnya lagi.
Anuar turut memaklumkan, seluruh ahli keluarga reda dengan pemergian bapanya itu.
“Alhamdulillah, pihak keluarga menerima hal ini dengan tenang. Arwah juga sudah menderita sakit agak lama. Allah juga beri kami adik beradik keizinan untuk menjaga arwah.
“Kami bergilir jaga. Kami sekeluarga reda pemergian arwah. Saya tidak terkilan kerana segalanya dipermudahkan,” kongsinya lagi.
Bercerita tentang momen terakhir, Anuar berada di rumah sebelum bapanya menghembuskan nafas terakhir.
Malah, sepanjang sakit, semua adik-beradik sentiasa memberi perhatian penuh dalam menjaga arwah.
“Dia selalu cakap minta maaf sebab menyusahkan, tetapi sebenarnya tidak langsung. Sejak dahulu lagi dia tak pernah menyuruh anak-anak buat apa-apa.
“Arwah Dia sangat berdikari. Bila lihat dia sakit, saya agak sedih. Kami lima beradik sempat menjaga sepanjang arwah sakit,” katanya.
Allahyarham Zin Abdullah disahkan meninggal dunia di kediaman mereka di Subang Permai, Selangor sekitar pukul 2.50 petang pada usia 87 tahun, sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Elmina sekitar jam 7 malam.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.