Tahniah diucapkan buat penyanyi, Ezlynn yang sudah pun selamat bergelar isteri dengan lelaki pilihan hatinya, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail pada 11 September lalu.

Selepas lebih empat tahun hidup solo Ezlynn, 39, atau nama penuhnya, Azline Ariffin melangsungkan pernikahan dengan Wan Hafizam,45, yang juga penderma hati pertama negara itu secara dalam talian.

“Alhamdulilah majlis nikah kami sangat ringkas seiring dengan norma baharu di era pandemik COVID-19 ini. Memang tak ada sebarang majlis keraian.

“Jadi memang tak ada gambar kahwin pun. Nak bergambar sekali pun sebab jauh. Saya dan dia (suami) di Perlis manaka dan keluarga pula di Kuala Lumpur.

IKLAN

“Cukup semua dipermudahkan. Sudah termaktub ikatan rasmi hubungan  kami dan semoga berpanjangan sampai ke jannah,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu, mereka mulai rapat ketika sama sama terbabit dengan kerja amal untuk sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

“Saya Paling Tertarik Kepada Ketulusan Hatinya,” – Ezlynn Selamat Bergelar Isteri, Pernikahan Secara Dalam Talian

IKLAN

“Perkenalan kami berputik begitu saja. Tiada isyarat tertentu. Saya paling tertarik kepada ketulusan hatinya.

”Dia juga sangat menjaga solat, tak lokek membantu orang dan amanah dalam kerjanya,” kata Ezlynn yang tidak mahu ulas mengenai status suami.

IKLAN

“Saya juga tak mahu nak ulas status suami kerana apa yang lebih utama, kami tak menyembunyikan perkahwinan ini,” katanya.

Sekadar informasi, Ezlynn pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin pada 20 November 2011.

Namun, mereka berpisah pada Oktober 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata, manakala Wan Hafizam pula memiliki tiga anak menerusi perkahwinan terdahulu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI