“Saya Okay, Terima Kasih Bagi Yang Mendoakan…,” – Datin Alyah

Share

Dua tiga hari ini, kecoh dunia hiburan tanah air apabila isteri pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS iaitu penyanyi Datin Alyah yang ibaratnya ‘mengamuk’ di media sosial melibatkan suaminya.

Bagaimanapun semalam, penyanyi yang kini popular menerusi lagu Jutaan Purnama itu meminta maaf dan mengakui akan khilafnya terhadap apa yang berlaku.

Malah tulisnya lagi, dia selepas ini tidak akan memberikan apa-apa komen atau reaksi andai ditanya mengenai diri dan suami selepas ini.

Berkongsi perkara tersebut, Alyah memberitahu dia baik-baik sahaja dan meneruskan kerjaya seperti biasa.

“Saya okay, terima kasih bagi semua yang mendoakan. Terima banyak sangat teks dan ucapan sampai tak sempat saya nak balas satu persatu. Saya hargainya. Kerja macam biasalah,” katanya kepada MH.

Difahamkan ketika ini, suaminya mempunyai urusan di Singapura selama beberapa hari.

IKLAN