“Saya Niatkan Semoga Pahala Qurban Yang Saya Buat Sampai Ke Kedua Arwah Mak Dan Abah,” – Wan Sharmila

Share

Pelakon Wan Sharmila ada bersedelah seekor lembut untuk dikorbankan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini.

Berkongsi video pendek yang merakamkan aksi beberapa pemuda yang sedang menarik seekor lembu untuk disembelih, bintang ini turut menitipkan sesuatu di ruangan kapsyen

“Lembu saya takut! Saya niatkan semoga pahala Qurban yg saya buat ini sampai ke kedua arwah mak & abah.

“Niat yg lain simpan diam2 antara saya dan Allah. Salam Aidil Adha.

“Thank u to @sis_515 yg tolong remind i utk buat korban ni. Nak pergi ke Mekah belum rezeki lagi,” tulisnya penuh makna.

Lalu menerusi ruangan komen, para peminat turut menzahirkan ucapan raya dan berdoa agar semua urusan Wan Sharmila dipermudahkan.

Foto: Instagram Wan Sharmila

IKLAN