“Saya Ni Pun Boleh Mabuk Tengok Dia,” – Alami Alahan Teruk, Nubhan Ahamad Umum Isteri Hamil Anak Ke-3

Share

Penyanyi, Nubhan Ahamad berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan isteri kini sedang hamil anak ketiga.

Jelas Nubhan, dia sememangnya berasa amat bersyukur dan tidak sabar untuk menantikan kehadiran ahli keluarga barunya itu.

“Yeay! Baby pkp. Alhamdulillah. Rezeki baru. Bertambah lagi familyku, doakan isteri dan anak dalam kandungan ni sihat ya.

“Kalini teruk betul mabuk @drfietawfek saya yang tak mabuk ni pon bleh mabuk tengok dia,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam entri berasingan, isterinya, Dr. Afifah Tawfek pula mendedahkan kehamilannya pada kali ini agak sukar untuk dirahsiakan selepas dia dikatakan mengalamai alahan yang sangat teruk.

“Susahnya nak keep this pregnancy a secret. Had such a terrible morning sickness yang at first I thought I had a serious depression moments. Hehe. Its not the same this time like masa Aafiya and Aaffan sebelum ni.

“Susah nak keep secret sebab so many questions and tips I want you all to share how to overcome morning sickness. Dint know “MORNING” sickness could be a “WHOLE” day sickness…. Errrday everyday,” katanya lagi.

Dikesempatan itu juga, Dr. Afifah turut menitipkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telahpun mendoakan mengenai kesejahteraan diri dan juga kandungannya itu.

“Sorry for all the late replies and postponed IG review gais. OMG so many to share about this pregnancy journey. Alhamdulillah.

“Thank you untuk rezeki ini ya Allah. Orang kata kalau morning sickness teruk in shaa Allah baby kuat. Betul ke?,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa terjulan selain turut mendoakan semoga segala urusan Dr. Afifah dipermudahkan.

“Alhamdulillah, tahniah. InsyaAllah semuanya akan okay lepas empat bulan.

“Alhamdulillah, congratulations Dr. Fie. Semoga dipermudahkan segala urusan.

“Congrats. Yes nama je morning sickness tapi its a whole day sickness. Melepet je first trimester,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Tawfek telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia dan Ahmad Aafan.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Nubhan Ahamad & Dr. Afifah Tawfek

IKLAN