Ads

“Saya Nampak Dia Makin Ceria…,” – Yusof Haslam & Isteri Teruja Sambut Syawal Bersama Syamsul Yusof, Momen Bermaafan Jadi Perhatian

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, meluahkan rasa teruja apabila dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak sulungnya yang juga pengarah, Syamsul Yusof.

Momen Syamsul bermaafan bersama kedua ibu bapanya pada pagi Syawal turut menjadi perhatian.

Menurut Yusof, Syamsul sebenarnya telah kembali bertemu keluarga sejak beberapa bulan lalu.

“Saya Nampak Dia Makin Ceria…,” – Yusof Haslam & Isteri Teruja Sambut Syawal Bersama Syamsul Yusof, Momen Bermaafan Jadi Perhatian

Malah beliau turut melahirkan rasa gembira apabila melihat keadaan anaknya kini yang lebih ceria dan bersemangat.

“Alhamdulillah, Syamsul sudah pulang ke pangkuan keluar saya sejak tiga bulan yang lepas. Namun, kami tidak menguar-uarkan. Pada hari raya baru-baru ini, isteri saya ada merakamkan momen kami bersama.

Ads

“Saya bersyukur kerana melihat Syamsul sudah kembali bersemangat. Saya pun ada memberikan nasihat kepada dia, walau apapun yang berlaku, perjuangan harus diteruskan dan jangan patah semangat.

“Saya juga bagitahu supaya jangan jadi manusia lemah. Allah bagi dia bakat yang besar dan jangan sia-siakan,” katanya kepada MH.

Yusof berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem Malaikat Malam yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Nasihat & Harapan Seorang Bapa

Pelakon drama Gerak Khas itu turut berkongsi bahawa beliau sempat menitipkan nasihat kepada Syamsul agar terus kuat dan tidak mudah berputus asa dalam meneruskan kerjaya sebagai pengarah.

Ads

“Saya Nampak Dia Makin Ceria…,” – Yusof Haslam & Isteri Teruja Sambut Syawal Bersama Syamsul Yusof, Momen Bermaafan Jadi Perhatian

“Syamsul kena move on dan jangan mengurungkan diri. Saya nampak dia semakin ceria dan nak teruskan kerja-kerjanya yang terbengkalai.

“Dia bakal muncul menerusi dua buah filem iaitu OG dan Khawarij. Filem-filem ini akan ditayangkan pada hujung atau awal tahun hadapan,” kongsinya lagi.

Ads

Dalam masa sama, Yusof berharap agar anaknya itu menjadi lebih matang selepas melalui pelbagai cabaran dan dugaan sebelum ini.

“Saya Nampak Dia Makin Ceria…,” – Yusof Haslam & Isteri Teruja Sambut Syawal Bersama Syamsul Yusof, Momen Bermaafan Jadi Perhatian

“Sebagai ibu dan bapa, saya syukur Syamsul kembali bersemangat. Saya harap dia dapat teruskan perjuangan dalam bidang ini.

“Pada saya, hidup ini adalah perjuangan. Segala masalah dan rintangan adalah asam garam dalam kehidupan,” ujarnya.

Sebelum ini, Syamsul dilaporkan membawa diri dan menjauhkan diri daripada keluarga selepas berdepan pelbagai konflik, termasuk isu berkaitan rumah tangga.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Bila Mereka Besar Nanti…,” – RXZ Purple & Ekzos ‘Paip Senapang’...

Pengarah, Nazifdin Nasrudin tampil mempertahankan karya sulungnya, Malaikat Malam, susulan kebimbangan segelintir pihak yang melihat filem itu berpotensi memberi pengaruh negatif kepada golongan muda.
error: Hello. Cannot.