Penghibur, Datuk M Daud Kilau mencari pengganti kepada sesiapa yang berminat dan berkebolehan bagi menggantikan tempatnya sebagai Raja Gelek.
Penghibur berusia 83 tahun itu turut menawarkan koleksi baju yang pernah digunakan ketika membuat persembahan secara percuma.
Bagaimanapun, mereka yang berminat perlu tahu untuk ‘bergelek’, bagi menggantikan tempatnya sebagai penghibur.
“Saya nak cari pengganti. Jika sesiapa nak gantikan tempat saya sebagai Raja Gelek, ambillah pakaian persembahan pentas yang saya simpan ini secara percuma.
“Ada 99 helai, saya nak bagi terus tetapi perlu ikut penampilan dan gaya saya iaitu mesti tahu bergelek semasa menyanyi.
Ads
“Kalau nak jadi pengganti saya, silalah datang jumpa datang saya tapi mestilah peminat Daud Kilau, minat lagu-lagu saya. Nak bergelek saya boleh ajarkan,” katanya menerusi laporan Utusan Malasia.
Ditemui di kediamannya di Sungai Balai Baru, beliau yang terkenal dengan lagu ‘Cek Mek Molek’ dan ‘Gila Judi’ menjelaskan, dirinya cukup sayang akan koleksi bajunya itu.
Malah, pernah menolak tawaran pihak yang mahu sewa kerana tidak mahu memberikannya kepada sembarangan orang.
Ads
“Daripada baju ini terbiar dalam simpanan saya, lebih baik saya tawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menggantikan tempat saya sebagai Raja Gelek,” katanya lagi.
Bercakap mengenai keadaan kesihatannya pula, Daud Kilau menjelaskan, beliau kini semakin sihat dan sudah boleh berjalan, menunaikan solat serta makan seperti biasa namun tetap dengan keputusan untuk meninggalkan terus dunia nyanyian.
Ads
“Saya tak akan naik pentas lagi, tak akan buat persembahan walaupun jika ada tawaran. Saya nak menetap di kampung dan buat amal ibadah,” katanya.
Sebelum ini, kesihatan penyanyi veteran itu merosot sejak beberapa tahun lalu kerana menghidap kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil menyebabkannya mengambil keputusan tidak lagi membuat persembahan pentas.
Daud Kilau sebelum ini lebih banyak berbaring di rumahnya di sini dan pada 12 November lalu, beliau dikejarkan ke Hospital Teluk Intan akibat sesak nafas.
Sumber, Foto : Utusan Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi segelintir pihak, pembantu rumah bukan hanya sekadar individu yang membereskan perihal dan kerja-kerja rumah tetapi mereka juga sudah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga.
Malah, sekiranya anak-anak juga sudah selesa, rutin ibu bapa akan menjadi lebih mudah terutamanya bagi mereka yang harus keluar bekerja.
Itulah yang cuba disampaikan oleh penyanyi, Tomok apabila dia berkongsi sebuah video memaparkan anak sulungnya, Arrian Shah yang dilihat menangis teresak-esak ketika ingin megucapkan selamat tinggal kepada pembantu rumahnya yang harus pulang ke Indonesia selepas berkhidmat hampir dua tahun.
Jelas Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan dia juga berterima kasih kepada pembantu rumahnya itu kerana telah menjaga kelurganya dengan baik.
“Terima kasih Daimah jaga keluarga saya dengan baik selama dua tahun. Selamat pulang ke Indonesia. Sampai jumpa lagi,” tulisnya.
Video berdurasi lebih seminit itu dikongsikan oleh bekas vokalis kumpulan New Boyz itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Entri berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 100,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut memuji cara keluarga Tomok melayan pembantu rumahnya itu.
Sumber: Instagram Tomok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Aiman Hakim Ridza ada memberikan dedikasi teristimewa buat isterinya yang juga aktres, Zahirah MacWilson bersempena dengan ulang tahun kelahiran bintang berkenaan yang ke-26.
Sambil menyatakan rasa terima kasih kerana menjadi ibu terbaik buat anak mereka, Aiman turut terharu atas pengorbanan yang telah diberikan isteri tersayang.
“Happy 26th Birthday Mummy @zahirahmacwilson! Thank you for being a great mum to our son. Thank you for sacrificing your time, body, youth, and even your birthday for raising our child with all the love in the universe.
“Nothing can replace or exchange what you have done and both of us appreciate every tiny subtomic bit of it!! Love you mummy!!! Nanti dah habis pantang we go makan2 just the three of us okay!!! Its a date!!! Daddy belanja!,” tulisnya.
Sambil berkongsikan dua keping foto kandid mereka, entri yang sudah pun menerima kira-kira 63,000 tanda suka itu turut dihujani dengan ucapan sama oleh peminat buat Zahirah.
Sekadar mengimbas, pasangan selebriti yang mula menarik perhatian ramai setelah digandingkan bersama menerusi drama Curi Curi Cinta ini, mengikat tali pertunangan dan bernikah pada 20 Februari tahun lalu di Petaling Jaya dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Foto: Instagram Aiman Hakim Ridza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Shukri Yahaya mengakui berasa sedikit ralat kerana tidak berkesempatan untuk mengadakan majlis aqiqah buat anak lelakinya, Maleeq Miqayl memandangkan negara ketika ini masih lagi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Menurut Shukri, dia sebenarnya berhajat untuk mengadakan majlis buat anak keduanya itu sama seperti anak sulungnya tatapi niatnya itu harus ditangguhkah terlebih dahulu.
“Kesian @maleeqmiqayl lahir pada zaman pendemik ni sebab Shuk tak boleh nak buatkan dia aqiqah macam kakak dia. Ada kenduri semua tulah,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, 7 Hari Mencintaimu 2 itu menerusi ruangan Instagram stories miliknya.
Enggan menunggu terlalu lama, Syukri bagaimanapun mendedahkan dia telah mewakilkan pihak daripada Aqiqah Centre bagi menjalankan majlis aqiqah buat anak lelakinya itu di Mekah.
Malah, bapa kepada dua orang anak itu turut berasa lega kerana segala urusan sewaktu majlis tersebut telah diberjalan dengan lancar.
“Tapi dua hari lepas Shuk berhubung dengan @aqiqahcentredotcom untuk dia buatkan aqiqah Maleeq di Mekah.
“Hari ni mereka bagi bukti yang mereka dah tunaikan tanggungjawab tu. Ya Allah cepatnya dan kosnya untuk seekor kambing sangatlah berpatutan. Terima kasih @aqiqahcentredotcom.
“Sayang @tyaadnan, selamat dah dua ekoq kambiang untuk anak bujang kita. Alhamdulilah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Syukri dan isterinya, Tya Adnan telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 November 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl yang baru sahaja lahir pada Julai tahun lalu.
Sumber: Instagram Shukri Yahaya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...