“Saya Mungkin Akan Dimaki Bini Akibat Post Gambar Ni, Tapi…,” – Gembira Dalam Syukur, Dr Say Umum Isteri Kini Hamil Anak Kedua

Share

Doktor selebriti yang juga hos My Doctors, Dr. Say Shazril berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua.

Dia memaklumkan isterinya, Dr. Azura Abbas kini hamil lagi dan perkara tersebut diberitahu si isteri selepas beberapa kali melakukan UPT (Urine Pregnancy Test).

Seperti biasa, doktor ini berkongsi cerita panjang mengenai hal tersebut di dalam entri Instagramnya yang dikemas kini.

Bagi Say, khabar tersebut merupakan hadiah sempena Hari Bapa yang paling istimewa.

“Sy mungkin akan dimaki bini akibat post gambar ni tapi sy tak boleh tahan! Pagi tadi sy dapat panggilan cemas dari bini “Ubby, i buat UPT (urine pregnany test) tadi & dapat 2 line. I cam tak percaya so i buat sekali lagi & dapat 2 line jugak!Tapi samar2 aa both, betul ke ni? I pregnant ke ni?”.

“Dah dia kalut sy lagi la kalut “WAAAAH, best gila unny! Alhamdullilah! Hepi gilaaa, mai gambar tengok”.

“Maka di whatsapp-kannya gambar di atas dengan pesanan “u jangan post, benda tak sure lagi, kalau tak jadi nanti i down”, tapi Say Shazril mana dengaq cakap bini & Say Shazril mana boleh simpan excitement maka HERE IT IS PEEPS, ALHAMDULLILAH!,” tulisnya.

Meski ia belumpun disahihkan secara jelas, namun Say menganggap ia paling tidak memberi harapan buat mereka untuk sekali lagi mendapatkan zuriat.

“Sy tau mana ada orang post keputusan UPT ni sehinggalah sekurang2nya pregnancy mereka dah masuk 2nd trimester tapi bagi sy jadi atau tidak itu belakang kira.

“Sekurang2nya ada sinar harapan yg kami masih lagi boleh mendapatkan zuriat. “Sebab ape doc ckp cmtu? Doc dh dapat Ace kot, kenapa nak risau takleh dapat anak lagi?”.

“Ahaa tu semua ada sy jelaskan dalam my 1st Youtube video coming up really soon peeps! Something yg sy & bini tak pernah kongsikan dalam socmed kami kemungkinan yg kami akan sukar mendapatkan zuriat lagi.

“Tapi yelah masih terlalu awal juga maka di sini sy ingin memohon jasa baik anda, doakanlah kandungan kami ni agar terpelihara kesihatannya.

“Kesian tengok Ace takde kawan & kesian tengok daddy muka dia tak diturunkan kepada sesiapa ahaha,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Say dan Azura mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aezreil, pada 5 Mei 2019.

Foto: Instagram Say Shazril

IKLAN