Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menyifatkan pemilihannya sebagai salah seorang juri bagi program Muzikal Lawak Superstar 2025 (MLS2025), sebagai peluang untuknya mencuba sesuatu yang baharu.

Walaupun mengakui tidak mempunyai pengalaman luas dalam dunia komedi, Bella bagaimanapun menjelaskan dia bakal memberikan penilaian daripada aspek keseluruhan terutama pada bahagian muzikal.

“Saya Mudah Terhibur, Mahu Jadi Diri Sendiri,” – Ada Pertikai Bella Astillah Jadi Juri MLS2025, Tuan Badan Percaya Rezeki

“Saya memang mengikuti dan suka tonton program lawak seperti Maharaja Lawak Mega, MLS dan Sepahtu Reunion Live. Saya anggap , ini rezeki dan peluang saya. Tak salah saya terima dan mencuba.

“Untuk bahagian teknikal, mungkin saya tidak boleh bercakap lebih kerana kita ada juri yang lebih berpengalaman iaitu Pak Nil dan Zizan.

“Memandangkan ia turut melibatkan persembahan muzik, saya akan menilai dari aspek keseluruhan.

“Saya akan jadi diri sendiri. Jika terhibur, saya akan tunjukkan diri saya betul-betul terhibur. Malah, saya juga seorang yang mudah terhibur.

Ads

“Jadi, saya tak sabar nak saksikan persembahan daripada semua kumpulan,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Lebih Indah Berpisah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media MLS2025, baru-baru ini.

“Saya Mudah Terhibur, Mahu Jadi Diri Sendiri,” – Ada Pertikai Bella Astillah Jadi Juri MLS2025, Tuan Badan Percaya Rezeki

Terbuka Bab Gurauan

Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan dirinya sudah bersedia sekiranya dia bakal menjadi bahan jenakan sewaktu program berlangsung.

“Saya Mudah Terhibur, Mahu Jadi Diri Sendiri,” – Ada Pertikai Bella Astillah Jadi Juri MLS2025, Tuan Badan Percaya Rezeki

Ads

“Bila kita sudah bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada program ini, saya kena jadi lebih terbuka. Saya sudah pun persiapkan mindset dan bersedia sekiranya saya menjadi bahan lawak mereka,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai reaksinya bila ada yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai sebagai salah seorang juri MLS2025, Bella menyifatkan peluang ini sebagai rezeki yang sudah tertulis.

“Saya Mudah Terhibur, Mahu Jadi Diri Sendiri,” – Ada Pertikai Bella Astillah Jadi Juri MLS2025, Tuan Badan Percaya Rezeki

“Saya tak boleh nak mengulas lebih. Pada saya, ini adalah rezeki dan peluang yang mungkin Allah mahu berikan kepada saya.

Ads

“Ini merupakan rezeki anak-anak juga. Saya gembira kerana dipilih sebagai salah seorang juri,” katanya.

Bagaimanapun, Bella enggan mengulas lanjut bila ada pihak yang mengatakan pemilihannya sebagai juri adalah kerana pihak produksi ingin menumpang popularitinya saat ini.

“Saya tiada komen berkaitan hal itu. Seperti yang saya katakan, ini adalah rezeki. Saya hanya harus bersyukur,” akhirnya.

Terdahulu, 10 kumpulan bakal bertanding di program MLS2025 yang akan dihoskan oleh pengacara terkenal, Datuk AC Mizal.

MLS2025 bakal bersiaran bermula 11 Oktober ini, pada setiap Sabtu jam 9 malam di saluran Astro Prima, Astro One dan sooka.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads