Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon agar rakyat Malaysia memberikan privasi kepada Datuk Lee Chong Wei.

Katanya menerusi laman Twitter, dia sudahpun memaklumkan kadar kesihatan pemain badminton yang banyak mengharumkan nama negara itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya mengambil maklum mengenai apa yang berlaku ke atas Datuk Lee Chong Wei.

 

“Saya telah mengikuti perkembangan kesihatan Datuk Lee Chong Wei dari peringkat awal sebelum beliau bertolak ke Taiwan lagi sehinggalah khabar berita yang terbaru.

 

“Atas kehendak Datuk Lee Chong Wei, saya telah pun memaklumkan khabar kesihatan beliau kpd YAB Tun Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah.

 

“Kementerian Belia & Sukan sentiasa bersedia memberikan sokongan sepenuhnya kpd Datuk Lee Chong Wei iaitu ikon & wira rakyat Malaysia.

 

“Saya memohon semua pihak untuk menghormati dan memberikan privasi kepada Datuk Lee Chong Wei dan ahli keluarga beliau.

 

“Sokongan moral dan doa kita semua akan sentiasa mengiringi perjuangan Datuk Lee Chong Wei. Semoga cepat sembuh, wira negara,” tulisnya.

“Saya Mohon, Semua Pihak Menghormati Dan Beri Privasi Pada Datuk Lee Chong Wei,” -Syed Saddiq

IKLAN

“Saya Mohon, Semua Pihak Menghormati Dan Beri Privasi Pada Datuk Lee Chong Wei,” -Syed Saddiq

“Saya Mohon, Semua Pihak Menghormati Dan Beri Privasi Pada Datuk Lee Chong Wei,” -Syed Saddiq

IKLAN

Semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Datuk Lee Chong Wei didiagnosis kanser hidung peringkat awal.

IKLAN

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, Chong Wei masih lagi menjalani rawatan dan difahamkan proses rawatan serta pemulihan berjalan lancar.

Foto/Intagram: Syed Saddiq

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI