“Saya Mohon Maaf Sekiranya Pernah Menguris Hati Sesiapa,” – Ben Amir Jalani Pembedahan

Share

Berkongsi sekeping foto di wad, hantaran yang dimuat naik pelakon Ben Amir di laman Instagramnya itu meraih perhatian netizen serta rakan artis.

Menerusi ruangan kapsyen, Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin mendedahkan dia bakal menjalani pembedahan hari ini.

Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

Cuma pelakon berusia 32 itu memohon kemaafan sekiranya ada menguris hati mana-mana pihak.

“Sudah melalui tiga minggu yang menyakitkan dalam melalui proses pemulihan yang perlahan.

Esok (hari ini) adalah harinya, saya akan menjalani pembedahan.

“Saya akui sedikit gemuruh bila memikirkan tentang pembedahan ini.

“Saya mohon maaf sekiranya pernah mengguris hati sesiapa. Doakan yang terbaik untuk saya.

“(Selepas pembedahan) saya merancang untuk mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya untuk cepat sembuh. Maaf kalau tak balas ya,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, ramai rakan artis seperti Daiyan Trisha, Mira Filzah, Sherry Ibrahim, Hairul Azreen dan Fify Azmi mendoakan agar pelakon itu cepat sembuh.

Sementara itu, percubaan MH untuk menghubungi pembantu peribadi Ben tidak berjaya apabila panggilan dan kiriman pesanan masih belum mendapat sebarang respon.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Ben Amir

IKLAN