Penyanyi Ayda Jebat tidak mahu memberikan ulasan terperinci susulan insiden pertelingkahan yang berlaku melibatkan adiknya, Fyna Jebat pada awal pagi Isnin.
Ayda berkata, siasatan lanjut masih lagi dijalankan pihak berkuasa.
“Saya mohon maaf, adik saya Fyna enggan beri sebarang ulasan kerana banyak hati yang harus jaga dan atas nasihat polis, biar pihak bertanggungjawab menjalankan tugas,” katanya.
Dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor Fyna didakwa terlibat dalam pertelingkahan bersama madunya iaitu isteri pertama Datuk Zainal Abidin Hassan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlakunya kejadian itu dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).
Menghargai semua pihak yang mengambil berat, Ayda memohon agar orang ramai memahami situasi yang sedang dialami adiknya itu.
“Saya berterima kasih kepada semua yang prihatin. Saya mohon semua orang faham situasi yang sedang berlaku serta menghormati Fyna dan semua pihak,” katanya.
Ayda juga memohon doa agar perjalanan mereka di program Famili Duo dipermudahkan.
“Buat masa sekarang, fokus kami hanya dalam program Famili Duo. Saya mohon doa peminat agar semua urusan dipermudahkan,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Filem Money Not Enough 3 ‘Kaut’ RM13.86 Juta, Penangan Tahun Baru Cina
Money Not Enough 3 mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengutip lebih RM13.86 juta selepas hampir dua minggu ditayangkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Dalam satu kenyataan, pengedarnya, Mega Films Distribution berkata, filem arahan sutradara hebat, Jack Neo itu juga menjadi naskhah paling berjaya di Singapura selepas era pandemik berlaku.
Tidak hanya di Singapura, Money Not Enough 3 juga mencipta rekod filem Tahun Baharu Cina paling berjaya di Malaysia selepas mula ditayangkan pada 10 Februari lalu.
Pengarahnya, Jack Neo dalam satu kenyataan berkata, dia berterima kasih kepada semua penonton dan peminat filem tersebut yang telah mengikuti perjalanan bersama sejak 1998.
Malah ia juga berterima kasih kepada semua ketua keluarga yang membawa anak-anak mereka menonton filem yang memberi pengajaran tentang kekeluargaa, duit dan persahabatan itu.
“Money Not Enough 3 bukan sekadar filem Tahun Baharu Cina. Filem ini berkongsi memori tentang persahabatan, kekeluargaan yang terjalin sejak sekian lama.
“Saya akan terus bekerja keras untuk menghasilkan filem-filem yang lebih berkualiti dan berjaya,” ujarnya.
Filem terbitan Hijack PictureS dan MM2 Entertainment itu membawa penonton menyoroti kisah hidup tiga sahabat baik dari zaman kecil: Ah Fai, Ah Qiang dan Ah Huang yang berdepan kemelut hubungan kerana wang.
Money Not Enough 3 menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo sendiri di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Saya Tampar Dia Sebab Dia Tinggalkan Anak Saya Dua Jam’ Wanita Viral Tampar Suami Beri Penjelasan
Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai satu video yang merakamkan seorang isteri menampar suaminya di sebuah shopping mall kerana curang dengan wanita lain yang juga merupakan isteri orang.
Mungkin ada di antara korang yang masih belum mononton video viral tu kan? jom MH kongsikan dengan korang video tersebut.
Aduh hati isteri mana yang tak kecewa bila suami kantoi depan mata keluar dengan perempuan lain.
Menerusi Facebook, wanita yang menampar suaminya itu telah menjelaskan situasi sebenar mengapa dia bertindak sedemikian.
Namun begitu ada juga segelintir netizen yang berkata tindakan wanita ini menampar suaminya dilihat seperti mengaibkan suami sendiri dan itu adalah satu dosa.
Wanita itu juga turut menyelar dakwaan netizen yang mengatakan dia membuka aib suaminya dengan mengatakan netizen hanya pandai bercakap tapi tidak merasai apa yang dilaluinya.
Tersentuh pula hati MH membaca luahan hati si isteri ini. Memang benar katanya, orang hanya mampu bercakap tapi tidak merasai apa yang dirasanya.
Buat pasangan ini, MH doakan segalanya baik-baik sahaja dan buat pasangan di luar sana diharapkan perkara ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran.
Sumber: Facebook
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kronologi Perjalanan Anak Syurga, Baby Nishka. Damailah Di Sana…
Kehadirannya umpama embun pagi, hanya singgah sebentar menyinari dunia sebelum pergi buat selama-lamanya.
Kisah adik Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham atau lebih mesra di sapa Baby Nishka cukup dekat di hati.
Si comel ini disahkan mengidap kanser otak (Medullablastoma) tahap 4 dan ketumbuhan di buah pinggang seawal usia 21 hari.
Lebih memilukan, baby Nishka juga turut mempunyai masalah penglihatan dan terpaksa meminum susu melalui tiub.
Kisahnya mula tular selepas beberapa selebriti terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mawar Karim berkongsi penderitaan yang ditanggung di laman sosial dan memohon agar rakyat Malaysia sama-sama membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga ini.
Baby Nishka merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik. Ibunya, Khairiah Kamarudin atau Kheriy merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar, Pulai Chondong, Machang.
Menurut Kheriy, dia tidak menyangka anak bongsunya mengidap penyakit kronik memandangkan dia tidak mempunyai sebarang masalah ketika mengandung sehingga proses melahirkan anak secara normal di HUSM.
Proses pembesaran yang tidak normal disedari sewaktu jururawat datang ke rumah untuk sesi lawatan selepas bersalin. Ukuran kepala sewaktu lahir 34 sentimeter menjadi 38 sentimeter hanya dalam masa 20 hari. Baby Nishka dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainah (HRPZ) Kota Bahru dan kemudian ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk ujian MRI.
Telah menjalani empat pembedahan termasuk pembedahan membuang tumor di kepala. Walau bagaimanapun, hanya 30 peratus tumor berjaya dikeluarkan. Baby Nishka kritikal selepas pembedahan akibat pendarahan dan terpaksa menggunakan oksigen selama sebulan.
View this post on InstagramA post shared by kheriy_khairiah (@kheriykhairiah_nishkaofficial) on
Baby Nishka tidak boleh melihat dan bersuara selepas menjalani pembedahan.
Walaupun telah melakukan dua kitaran kemoterapi, namun menurut ibunya, saiz tumor terus membesar.
Pada 11 September, Baby Nishka diintubated apabila mengalami (APNOEA) atau berhenti bernafas sewaktu tidur, lapan kali dalam tempoh satu jam.
View this post on InstagramA post shared by kheriy_khairiah (@kheriykhairiah_nishkaofficial) on
Enam hari sebelum meninggal, Baby Nishka diletakkan dalam Zon Paliatif yang bermaksud tiada rawatan atau ubat untuk tujuan penyembuhan. Rawatan kemoterapi yang diberikan tidak memberi sebarang reaksi ke atas kanser dan ia semakin berkembang. Baby Nishka juga tidak dapat bernafas sendiri dan bergantung sepenuhnya dengan bantuan mesin ventilator.
View this post on InstagramA post shared by kheriy_khairiah (@kheriykhairiah_nishkaofficial) on
Keadaan Nishka semakin tenat pada 1 Oktober 2019 apabila ketumbuhan di kepalanya membesar daripada 41 sentimeter kepada 44 sentimeter.
View this post on InstagramA post shared by kheriy_khairiah (@kheriykhairiah_nishkaofficial) on
Menerusi Instagram usahwan Mawar Karim, anak syurga ini dikhabarkan telah meninggal dunia pada 2 Oktober 2019. Nishka menghembuskan nafas terakhir 4.30 petang di Unit Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
View this post on InstagramA post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on
Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Marak, Bachok.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI