“Saya Minta Maaf Kalau Kurang Teliti Tentang Maksud ‘Bahenol’,” – Pohon PU Azman, Si Nopal Beri Reaksi!

Share

Penceramah bebas, Pencetus Ummah Azman (PU Azman) semalam ada memuat naik sepotong video, memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya sebelum ini berkaitan video viral asal Indonesia iaitu Si Nopal, baru-baru ini.

Difahamkan, kenyataan tersebut telah memberi impak daripada segi isu sentimen yang mana perkataan ‘bahenol’ itu sendiri tidak menjurus kepada sesuatu yang bermaksud lucah setelah diteliti.

Kongsinya lagi, dia mengakui kurang teliti ketika menyampaikan maksud perkataan tersebut yang sebenarnya mempunyai maksud positif iaitu bersemangat dan bertubuh gempal.

Berikut merupakan video yang dimuat naiknya;

Pada masa sama, luahan maaf itu turut dikongsikan PU Azman menerusi Insta Stories.

Bagaimanpun menerusi entri Instagram lainnya, turut dikongsi ialah penerimaan maaf daripada pihak animasi terbabit menerusi salah satu komen yang ditinggalkan.

Selain memuji sikap jujur dan cara penyampaian ceramah PU Azman, pihak animasi itu turut merakamkan ucapan agar penceramah itu terus sukses.

Malah posting tersebut juga sudah pun mendapat lebih 25,000 tanda suka di kalangan peminat selain ratusan komen yang diberikan.

Foto : Instagram PU Azman

 

IKLAN