“Saya Menyekat Anda Yang Berfikiran Negatif Untuk Datang Ke Akaun Saya,”- Izara Aishah

Share

Pelakon Izara Aishah telah memuat naik sekeping gambar berbentuk karikatur menerusi akaun Instagram miliknya.

Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham memaklumkan kepada pengikutnya di laman media sosial tersebut bahawa dia  menyekat ruangan komen di akaun Instagram miliknya atas beberapa sebab.

“There’s a reason behind every of my posts. Sebab saya membuka ruangan komen di sebelah memberi kesempatan untuk saya menyekat anda yang berfikiran negative untuk datang ke akaun saya.”

“There’s a difference between a hater and a critique, and a difference between that “freedom of speech” and being rude. Nope I won’t give you the chance to disrespect anyone on MY Instagram.”tulisnya.

Sebelum ini, pelakon yang berusia 26 tahun itu ada memuat naik beberapa foto yang berkisar perihal pendapat mengenai isu buli siber di laman media sosial.

Lantas perkongsian itu Izara telah menerima pelbagai komen daripada netizen.

Lalu, bintang Jodoh-Jodoh Annisa itu telah menyekat ruangan komen dan telah pun melakukan hal tersebut hampir dua tahun lalu.

Foto : Instagram Izara Aishah

IKLAN