Penyanyi rock yang juga juri program The Chosen One 2025, Datuk Awie, 56, memberikan pandangannya berhubung kontroversi melibatkan Shila Amzah dan seorang penyanyi legenda yang tular, baru-baru ini.

Turut disangka dalam spekulasi sebagai antara individu yang dikaitkan dengan insiden tersebut ketika ia awal-awal diperkatakan oleh warganet, Awie tampil memperjelaskan kedudukannya.

Awie berharap agar Shila dan penyanyi legenda terbabit tidak akan memanjangkan lagi kemelut yang berlaku.

“Saya pun mengharapkan agar mereka dapat berbaik dan tidak akan memanjangkan cerita ini sebab saya tahu penyanyi legenda itu insan yang lembut.

“Saya faham Shila pula seorang wanita dan biasalah kehidupan ini ada pasang surutnya. Cuma saya berharap mereka kekal berbaik,” katanya.

Penyanyi lagu Iris itu berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media The Chosen One Xtra x Jutawan Ekspres, pada Selasa.

Menurut Awie, dunia hiburan Malaysia bukanlah besar mana dan mungkin rakan seindustri akan bertemu juga lambat-laun.

Ads

“Kita rakan seindustri, pusing kiri, pusing kanan akan jumpa juga akhirnya. Jadi kita ambil jalan untuk menyelesaikan secara baik.

“Jangan keruhkan lagi suasana yang tengah teruk sekarang ini.

“Dengan industri kita yang dihina oleh netizen secara bebas menggunakan media sosial, jadi cukuplah, jangan ditambah-tambah lagi,” ujarnya lagi.

“Saya Mengharapkan Agar Mereka Berbaik, Tidak Memanjangkan Cerita Ini,” – Datuk Awie “Saya Mengharapkan Agar Mereka Berbaik, Tidak Memanjangkan Cerita Ini,” – Datuk Awie

Ads

Awie Akui Tertekan

Mengulas tentang status yang dimuat naik di Facebook baru-baru ini, Awie memohon maaf kerana tindakannya mungkin mengundang salah faham.

Menurutnya, luahan itu dibuat dalam keadaan tertekan kerana menjadi sasaran netizen akibat spekulasi tidak berasas.

Ads

“Bila saya buka saja telefon, saya terbaca orang mengutuk dan menghina saya. Jadi saya terpaksa memuat naik status berkenaan baru-baru ini kerana merasa tertekan.

Lagipun saya kena jaga nama isteri, anak-anak dan juga keluarga,” jelasnya lagi.

Awie pada masa sama turut mengaku penyanyi legenda yang dikaitkan, ada menghubunginya untuk memohon maaf selepas situasi itu menjadi tular.

“Saya dah berbual dengan dia, saya cakap padanya hal rumah tangga jangan dipublisitikan.

“Kalau perlukan bantuan saya, insya-Allah saya akan bantu. Soal rumah tangga orang lain jangan campur,” katanya lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads