Usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli tampil menjawab mengenai video yang dimuat naik di Instagram mengenai pembelian dua utas jam tangan mewah jenama Hublot yang mencecah harga RM550,000 baru-baru ini.

Dia yang mesra disapa Iqbal menjelaskan, dia menerima reaksi pelbagai selepas berkongsi video tersebut apatah lagi dengan situasi semasa pandemik Covid-19 ketika ini.

“Saya menerima kecaman bertalu-talu juga di kalangan netizen apabila memuat naik video membeli jam berkenaan pada 22 Ogos lalu.

“Ada yang menyamakan saya seperti kebanyakan usahawan terkenal lain yang gemar menayang kemewahan di media sosial. Ada juga yang beranggapan kandungan sebegitu tak sesuai ketika ramai bergelut di era pandemik COVID-19 ini.

“Tapi saya fikir panjang dan bersebab untuk memuat naikkan kandungan berkenaan. Ikutkan sejak dulu lagi saya boleh tayang kandungan sebegini di media sosial,” katanya.

Anak ketiga daripada lapan beradik ini bagaimanapun mengakui, dia mempunyai sebab tersendiri apabila memuat naik video yang kini tular itu.

“Cuma kali ini saya rasa tujuan video itu bukan dimuat naik atas paksi riak. Tapi sebaliknya mahu membuktikan kalau kita betul betul berusaha walaupun di era pandemik, kejayaan itu pasti berhasil.

“Video dimuat naik saya menayang wang tunai membeli jam itu juga bukan lakonan. Saya juga nak mendidik orang kalau boleh beli barang secara tunai, elaklah berhutang.

IKLAN

“Kalau kita serius, ada matlamat dan misi, semua ini takkan mustahil. Yang penting usaha dan kesungguhan itu pasti berbaloi dan dibuka jalan.

“Saya juga tak pernah main-main selama ini saat menceburi dunia perniagaan,” katanya yang kini sukses dengan produk penjagaan kulit, Iba Skin Care dan minyak wangi, Iba Perfumes.

Sementara itu, dia turut mengulas soal hubungannya bersama pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) yang kembali diperkatakan.

Iqbal yang sebelum ini dikenali sebagai bekas pembantu peribadi DSV berkongsi selepas  sesi siaran langsung antara usahawan berkenaan dengan Datuk Seri Aliff Syukri yang turut memetik kisah jodoh mengenai Iqbal.

IKLAN

Malah usahawan berusia 27 tahun itu turut memuat naik sebahagian klip video berkenaan di Instagram.

“Ikutkan ketika saya masih menjadi pembantu peribadinya lagi, persoalan jodoh dan kahwin sering diajukan. Malah dulu sampai satu tahap saya dianggap ‘anak ikan’nya apabila ada yang tidak tahu hubungan kami antara majikan dan pekerja.

“Tapi sejak itu juga, ia bagai berlalu pergi. Tak sangka pula Datuk Aliff petik balik kisah ini. Sebagai lelaki, kalau cakap soal hati dan selama mengenali insan bernama Datuk Seri Vida itu, saya mengakui terpaut hati dan sayang kepadanya.

“Tapi saya tahu kenyataan sebegini akan menjerat diri. Siapalah saya ketika itu nak mendekatinya yang dianggap berpengaruh. Saya pasti dianggap mahu menumpang populariti dan kekayaannya,” katanya.

Namun secara peribadi, biarpun jarak usia 22 tahun antara mereka, Iqbal tidak melihat ia sebagai penghalang.

IKLAN

“Dari saya masih belajar di ASWARA, menjadi pembantu peribadi, hingga dibuang kerja dan sampailah saya ada rangkaian perniagaan sendiri hingga disebut sebagai Orang Kaya Baru olehnya, saya masih Iqbal yang sama. Jujur hati itu masih ada menaruh kepadanya.

“Malah saya pun tak melihat seperti bertepuk sebelah tangan. Cuma nak kata bercinta itu tak berani. Perasaan itu seolah olah tergantung sepi tanpa ada kesudahan. Lagipun dia sudah pernah berdepan kegagalan rumah tangga dan perasaan keluarga juga perlu dijaga.

“Masa dia bercerai pun, saya ada disisinya. Ikutkan saya pernah bawanya berjumpa dengan keluarga di Kelantan dulu. Jujur kami pernah hampir nak berkahwin, tapi atas beberapa sebab ia tak jadi,”katanya.

Iqbal menambah, dia sedia maklum mengenai situasi yang pernah terjadi kepada penyanyi lagu I Am Me itu.

“Perasaan anaknya, Cik B pun perlu dijaga. Cik B sendiri tak mahu ibunya bercinta dengan sesiapapun. Barangkali sebagai anak, Cik B tak mahu ibunya terus terluka.

“Jadi selepas ditimbang tara, mungkin kami lebih sesuai berkawan. Bercinta itu juga tidak semestinya memilikikan? Dalam sehari kami boleh berborak dua tiga jam bercakap soal bisnes.

“Malah kalau ada masalah itu ini termasuk perihal staf, dia akan luah. Saya suntik semangat kepadanya jika dia ‘down’. Kalau dia nangis pun, nangislah jika itu membahagiakan,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI