“Kalau ada jodoh, adalah.” Itu kata pelakon popular, Intan Najuwa yang sekali gus mengesahkan gambar bahu lelaki yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini, ialah bekas tunangnya yang juga ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39.
Memetik Harian Metro, bintang berusia 23 tahun itu menjelaskan selepas melalui fasa putus pada Februari lalu, hubungannya dengan Razrul tetap baik.
Malah, Intan turut menyifatkan dia dan Razrul kini mahu menjalani kehidupan dengan lebih matang.
“Betul, lelaki dalam gambar itu adalah bekas tunang saya. Di kapsyen pun tak ada tulis kami kembali bersama atau apa.
“Cuma, ingin dijelaskan perhubungan kami masih baik, walaupun selepas putus tunang tempoh hari.
“Saya tak mahu kalau cakap kembali bersama orang menganggap kami macam budak-budak pula. Jadi, biarlah saya jalani dengan ‘follow the flow’. Biarlah antara kami saja faham dan jalani secara matang.
Ads
“Tambahan pula, selama ini kami tak pernah bergaduh pun. Memang tak ada masalah begitu juga dengan keluarga kami. Semuanya okay saja,” kata pelakon Setelah Kudimiliki ini seperti dipetik.
“Saya memuat naik gambar itu bukan bertujuan untuk buat kontroversi pun. Ia sekadar ‘posting’ (hantaran) suka-suka.
Ads
“Mohon doakan yang baik-baik buat kami,” katanya lagi.
Intan sebelum ini mendapat perhatian peminat selepas mengesahkan dia putus tunang dengan lelaki berkenaan selepas mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Intan kini sibuk menjalani penggambaran drama Pink Smile bagi slot Lestary, TV3.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas personaliti televisyen, Izwan Azir Saleh mengimbau kembali 1001 pengalaman yang dikutip sepanjang 16 tahun berkhidmat di TV3.
Jelasnya walaupun tidak pernah meraih sebarang pengiktirafan atau anugerah, namun pengalaman yang dilalui bukan calang-calang.
Perkara itu dikongsikan di laman Instagram miliknya sempena ulangtahun ke-36 TV3 yang disambut pada 1 Jun.
Cukup mengujakan apabila dapat menjadi penumpang kereta yang dipandu sendiri oleh Sultan Johor dari istana dan menjadi wartawan pertama berlintas langsung di padang Arafah ketika musim haji.
Malah pengalaman memindahkan puluhan mayat yang membusuk akibat taufan di Filipina antara detik yang sukar dilupakan.
“Saya rasa adalah tidak adil untuk memilih-milih gambar selama berkhidmat di TV3. Ini kerana selama menjadi warga kerja di sana, ada 1001 pengalaman menarik dan berharga yang telah saya tempuhi.
Sejujurnya, selama 16 tahun di Sri Pentas, tiada satu anugerah pun yang saya menangi. Tak pernah sekalipun saya mengisi borang untuk pencalonan anugerah.
“Anugerah yang saya terima bagaimanapun adalah pengalaman yang saya lalui. Menaiki kereta yang dipandu sendiri Sultan Johor dari istana ke istana, menjadi wartawan pertama berlintas langsung di padang Arafah ketika musim Haji, termuntah tatkala memindahkan puluhan mayat yang membusuk akibat taufan di Filipina, terbang bersama pesawat TUDM 3 hari 3 malam untuk ke Mesir ketika Arab Spring, mengembara ke Australia untuk merungkai misteri MH370, dicaci akibat berita politik, dibaling ketika demonstrasi, tapi bersama penonton menangis ketika pesawat MH17 jatuh ke bumi.
“Ahh, tak mungkin habis coretan ini! Saya puas menjadi wartawan dan penyiar disana. Terima kasih TV3, bukan hanya tempat saya pernah mencari rezeki tapi ia sebuah ‘universiti’, tempat saya melihat dan merakam warna warni dunia.
Selamat Maju Jaya TV3!,” tulisnya panjang lebar sambil disusuli dengan tanda palang #36tahuntv3 #ceritawan #myexperience dan #tv3malaysia.
Pelawak dan pengacara, Jihan Muse berkongsi cerita perihal Masjid Kyoto, Jepun yang akan mencipta sejarah dengan menyebarkan syiar Islam di kota negara matahari terbit itu.
Kongsi Jihan menerusi laman Instagram miliknya, dia menyatakan kos keseluruhan pembelian Masjid Kyoto sekitar RM3.05 juta di mana deposit yang dijana komuniti Jepun sudah mencecah RM214,200.
Jadi, sebanyak RM2.73 juta masih diperlukan dan deposit mungkin terbatal andai tidak dilangsaikan sebelum 25 Jun 2020 depan.
“MASJID KYOTO. TEGAKKAN SYIAR ISLAM DI JEPUN dengan SELAMATKAN MASJID KYOTO.
“Masjid Quba adalah Masjid pertama yang dibina Rasulullah SAW yang menjadi lokasi pertama disampaikan khutbah serta didirikan solat Jumaat yang disyariatkan.
“Kyoto juga akan mencipta sejarah dimana akan terbina sebuah Masjid yang akan menjadi syiar Islam di negara matahari terbit.
“Kos keseluruhan pembelian Masjid Kyoto ini adalah RM3.05 juta @ 76.7 juta yen.
Muslim Care Malaysia Society mengambil tanggungjawab untuk mengusahakan
dana pembinaan masjid pertama di Kyoto bermula dengan dana deposit sebanyak RM214,200@ 5.5 juta Yen yang telah dijana oleh komuniti di Jepun.
“Kita memerlukan RM2.73 juta lagi untuk melunaskan bayaran pembelian masjid tersebut.
“Deposit akan hilang sekiranya baki dana sebanyak RM 2.73 juta @ 68.5 juta yen gagal diselesaikan, akan berisiko kontrak terbatal dan kehilangan 5.5 juta yen (RM214,200) deposit.
“Keselurahan baki perlu dijelaskan sebelum 25 Jun 2020.
“Jom kita rebut peluang dengan mengekalkan amal kita sebagai saham akhirat yang manfaatnya sehingga kiamat.
“Sumbangan saham akhirat anda boleh disalurkan melalui akaun Muslim Care Malaysia Society,” tulisnya sambil disertakan dengan akauan bagi mereka yang bermurah hati mahu memberikan sumbangan.
Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.