Pelakon Izara Aishah akui memilih untuk memperlahankan karier seni lakonannya setelah bergelar seorang ibu kepada seorang cahaya mata, Irisa Alaia yang kini mencecah usia dua tahun.

Jelas Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, keutamaannya adalah lebih kepada tanggungjawab kepada keluarga selain menguruskan perniagaannya.

“Saya Memilih Untuk Lebih Beri Keutamaan Kepada Keluarga,” – Izara Aishah Kongsi Hal Seni & Perjalanan Diri Yang Kini Istiqamah Bertudung “Saya Memilih Untuk Lebih Beri Keutamaan Kepada Keluarga,” – Izara Aishah Kongsi Hal Seni & Perjalanan Diri Yang Kini Istiqamah Bertudung

“Buat masa sekarang, saya memilih untuk lebih memberi keutamaan kepada keluarga dan bisnes saya, tambahan pula apabila saya sudah ada anak.

“Saya memang memberi seratus peratus tumpuan kepada anak perempuan saya sekarang,” katanya.

Bekas peserta Dewi Remaja 2010 sezaman Neelofa itu juga bagaimanapun tidak menafikan, dia sehingga kini masih menerima tawaran lakonan.

IKLAN

Namun, ia terpaksa ditolak atas masalah kekangan masa dan komitmen.

Izara ditemui sejurus Majlis Sambutan Ulang Tahun Pertama Hijab RR Mono Scarves di RR Pop Up Store, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Bersempena meraikan ulang tahun pertama ini, Izara antara barisan tujuh selebriti terpilih yang telah dilantik sebagai ‘muse’ koleksi hijab berkenaan.

IKLAN

Selain Izara, antara yang terlibat ialah Ziana Zain, Aina Abdul, Kilafairy, Amyra Rosli, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman sendiri, Nurida Suraya.

Dalam pada itu, aktres berusia 30 tahun ini juga turut ditanya mengenai imejnya yang kini berhijab sepenuhnya sejak Ogos tahun lalu.

Akui Izara, dia mengharapkan diri terus kekal demi menjadi insan yang lebih baik.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tiada masalah atau kekangan dengan penampilan saya sekarang.

IKLAN

“Saya bersyukur sangat sebab Allah permudahkan semua untuk saya dan saya pun tidak pernah terlintas untuk buka tudung balik sebagainya.

“Sejujurnya saya sudah sangat selesa dengan penampilan saya sekarang, alhamdulillah,” katanya lagi.

Imbas kembali, Izara mendirikan rumah tangga bersama usahawan Adib Khalid pada tanggal 17 November 2017.

“Saya Memilih Untuk Lebih Beri Keutamaan Kepada Keluarga,” – Izara Aishah Kongsi Hal Seni & Perjalanan Diri Yang Kini Istiqamah Bertudung “Saya Memilih Untuk Lebih Beri Keutamaan Kepada Keluarga,” – Izara Aishah Kongsi Hal Seni & Perjalanan Diri Yang Kini Istiqamah Bertudung

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI