“Saya Memang Tak Boleh Tengok Orang Tidur Atas Najis Atau Tepi Jalan,” – Ada Buat Laporan Polis, Ebit Lew Dakwa Dinasihat ‘Berehat’ Sebentar Daripada Kerja Kebajikan?

Share

Pendakwah bebas, Ebit Lew ada berkongsi pengalaman apabila diminta hadir ke Cawangan Khas Bukit Aman kerana didakwa terdapat aduan berkait kes sumbangan yang tular beberapa hari lalu.

Atas nasihat pihak berkuasa, dia diminta untuk ‘berehat’ sebentar daripada terus memberikan perkhidmatan bantuan kepada golongan memerlukan.

Malah dia turut memohon maaf andai tindakannya menyusahkan individu lain.

“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman.

“Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan.

“Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.

“Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal.

“Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka.

“Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis.

“Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner,” kongsinya.

Ebit bagaimanapun tidak memperinci mengenai aduan yang telah didakwa.

Perkongsian tersebut juga menerima reaksi pelbagai daripada wargamaya.

Foto : Instagram Ebit Lew

IKLAN