“Saya Memang Tak Boleh Tengok Orang Tidur Atas Najis Atau Tepi Jalan,” – Ada Buat Laporan Polis, Ebit Lew Dakwa Dinasihat ‘Berehat’ Sebentar Daripada Kerja Kebajikan?
Pendakwah bebas, Ebit Lew ada berkongsi pengalaman apabila diminta hadir ke Cawangan Khas Bukit Aman kerana didakwa terdapat aduan berkait kes sumbangan yang tular beberapa hari lalu.
Atas nasihat pihak berkuasa, dia diminta untuk ‘berehat’ sebentar daripada terus memberikan perkhidmatan bantuan kepada golongan memerlukan.
Malah dia turut memohon maaf andai tindakannya menyusahkan individu lain.
“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman.
“Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan.
Ads
“Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.
“Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal.
“Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka.
Ads
“Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis.
“Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner,” kongsinya.
Dua tahun telah berlalu, namun sukar melupakan detik terakhir insan tersayang pergi meninggalkan kita. Iesya Toh mengimbau Kembali detik bapanya, Sanny Toh bin Abdullah meninggal dunia Ketika sedang menunaikan ibadah umrah.
Kongsi pengacara itu, arwah bapanya rebah di sebuah masjid Ketika menuju ke Mekah dan masih dalam ihram. Luahnya lagi, luka arwah bapanya masih berdarah walau sudah meninggal dunia beberapa hari dan jenazahnya juga lembut ketika diangkat.
Menyatakan kesedihan adik beradiknya tidak berada di sisi ketika arwah bapa menghembuskan nafas terakhir, namun dia menitipkan kesyukuran apabila Allah menggantikan dengan yang lebih baik.
“Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana.
“Hadith riwayat al-Tirmidzi: (3917) … Berkenaan dengan kelebihan perkuburan Baqi’, Rasulullah saw pernah bersabda, “Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”. . .
“Perginya Abah (seorg mualaf) dalam ihram di sebuah masjid ketika menuju ke Mekah utk menunaikan Umrah.. 🥺 Abah rebah! Klu nor ada, nor sapu kan luka abah tu😭😭😭😭 sakit tak abah? Nmpak darah even dah bhari, masih nmpak segar! Allahu akhbar! Dan jenazah abah, lembut ketika diangkat! 😭😭😭 . .
“Perginya Abah, tanpa kami adik beradik disisi…. tetapi Allah gantikan dgn ratusan ribu jemaah bersama2 solat kan jenazah Abah, selepas solat jumaat di Masjid Nabawi.. .
“Dan umi, seorg isteri yg begitu kuat melalui saat kehilangan CINTA HATI seorg diri😭😭😭😭😭 tanpa kami anak2 menemani… .
“Umi pulang ke tanah air bersama bagasi suami………… 😭😭😭😭 umi seorg Wanita yg kuat! Sgt kuat!! 😭😭😭 Pergi berdua, pulang sendiri.. kerana MATI ITU PASTI! .
“Tenang laa Abah disana, InsyaAllah kite semua akan bkumpul kembali. 😭😭😭 Al-Fatihah,
Sanny Toh Bin Abdullah .
“@nursajat23 malu la dgn Allah. Bila kau dilahirkan sbg lelaki tapi masih mencabar keampunan Allah! Semua umat Islam sedang menuju ke jln yg diredhai, tapi kau masih meninggi diri! Allahu akhbar,” kongsinya.
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.