“Ikhlas saya cakap, kalau saya nampak baik sahaja tak ada teguran (beri komen), itu maknanya ‘lantak kau’. Dah tak kuasa.”

Itu respon penyanyi Mas Idayu mengenai caranya di dalam menegur para peserta di dalam sesebuah pertandingan nyanyian.

Menurut Mas Idayu yang sinonim dengan komen pedas apabila berada di kerusi juri program nyanyian, dia menjelaskan para peserta perlu tahu dan mengenali dirinya terlebih dulu.

“Rasanya Mereka Sendiri Boleh Fikir…,” – Mas Idayu Ulas Soal Kecaman Yang Diterimanya, Beri Komen ‘Pedas’ Bersebab “Rasanya Mereka Sendiri Boleh Fikir…,” – Mas Idayu Ulas Soal Kecaman Yang Diterimanya, Beri Komen ‘Pedas’ Bersebab “Rasanya Mereka Sendiri Boleh Fikir…,” – Mas Idayu Ulas Soal Kecaman Yang Diterimanya, Beri Komen ‘Pedas’ Bersebab

“Kalau ada peserta yang saya tegur, marah betul-betul itu, rasanya mereka sendiri sudah boleh fikir. Maknanya saya sebagai juri masih ambil perhatian dan mahu mendengar nyanyian mereka pada minggu seterusnya,” katanya yang kini menjadi juri tetap program realiti Mic On Musim 2 di Awesome TV.

Sementara itu, penyanyi lagu Boleh Lah Boleh ini turut memberikan reaksi selepas ditanya mengenai sejauhmana penerimaannya terhadap kecaman netizen susulan komen pedas yang diberikan.

IKLAN

Dedahnya, sejak bekerja di Indonesia sebagai juri program realiti di sana, dia sudah kalis  kecaman. Sebaliknya memilih untuk terus membiarkan golongan itu terus mengecam.

“Saya memang tak ambil peduli tu, lantak kau lah. Saya selalunya kalau di media sosial, saya akan muat naik hantaran dan seterusnya ‘log out’. Malah tak tahu pun orang maki saya. Lagipun mereka bukan jenis berduit, ada duit pun beli ‘top-up’ untuk mengutuk orang. Namun, saya bersyukurlah sebab ada pahala lebih daripada orang yang mengutuk itu.

“Sebenarnya ketika bekerja di Indonesia sejak lima tahun lalu, saya teruk kena maki hamun. Macam-macam ayat yang keluar. Pada awalnya memanglah agak terkejut sebab orang di Malaysia pun tak seteruk ini. Akan tetapi bila saya bertanya mengenai perkara tersebut kepada mereka yang menetap di sana, mereka kata itu perkara biasa.

IKLAN

“Selepas insiden itu, saya akan muat naik perkongsian di media sosial dan selepas itu ‘keluar’. Sehinggalah kalau ada yang masih ingat kes saya dengan Baby Shima sebelum ini, saya kena hentam teruk. Tapi saya tak tahu. Rupanya ada yang benci dengan saya sebab kes tersebut.

“Sampaikan salah orang lain fasal bendera Indonesia terbalik pun saya kena (kecam) dan ramai pakat ‘unfollow’ saya di media sosial meski bukan saya punya hal. Jadi sekarang ini apa saja kecaman saya tak ambil tahu. Apa yang penting saya nak bentuk bakat baru yang berkualiti dan mahu mereka kelihatan cantik di atas pentas ketika buat persembahan,” katanya.

“Rasanya Mereka Sendiri Boleh Fikir…,” – Mas Idayu Ulas Soal Kecaman Yang Diterimanya, Beri Komen ‘Pedas’ Bersebab “Rasanya Mereka Sendiri Boleh Fikir…,” – Mas Idayu Ulas Soal Kecaman Yang Diterimanya, Beri Komen ‘Pedas’ Bersebab “Rasanya Mereka Sendiri Boleh Fikir…,” – Mas Idayu Ulas Soal Kecaman Yang Diterimanya, Beri Komen ‘Pedas’ Bersebab

IKLAN

Menurut Mas Idayu, segala komen pedas yang dibuat bukan untuk raih perhatian ramai, sebaliknya mahu membentuk mereka menjadi lebih baik.

“Selagi saya menegur persembahan mereka dan kemudian peserta itu ada perubahan positif, maknanya dia mendengar dan cuba perbaiki. Lagipun sekarang ini bakat baru terlampau ramai, jadi bila ada program realiti kita tahu pilihan yang dibuat itu adalah yang terbaik,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI