Impian penyanyi Aina Abdul untuk memenangi trofi Vokal Terbaik akhirnya tercapai apabila persembahannya menerusi lagu Sepi diumumkan sebagai pemenang kategori tersebut di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36, pada Ahad lalu.

Di samping menyatakan rasa syukur, Aina akui dia memang mengimpikan anugerah berkenaan sejak kali pertama bertanding di pentas berpestij itu.

“Sebenarnya saya memang impikan anugerah Vokal Terbaik semenjak kali pertama saya masuk AJL. Ini kerana, saya sentiasa mahu perbaiki vokal nyanyian saya,” kata Aina.

“Saya Memang Impikan Anugerah Vokal Terbaik Sejak Kali Pertama Masuk AJL,” – Aina Abdul

“Saya Memang Impikan Anugerah Vokal Terbaik Sejak Kali Pertama Masuk AJL,” – Aina Abdul

Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani menambah, dia sentiasa cuba berusaha untuk memperbaiki mutu kualiti persembahannya setiap kali bertanding.

IKLAN

“Setiap kali saya masuk AJL, saya belajar melihat karya-karya artis lain sebab saya sentiasa rasa kena buat lebih baik lagi. Saya pun tidak lah begitu lama dalam bidang penulisan lagu, jadi kalau diberi peluang lagi untuk tahun hadapan.

“Saya nak keluarkan sesuatu yang berbeza dengan apa yang pernah saya lakukan sebelum iniz Ini bukan sahaja untuk mahu buktikan kepada orang ramai tapi nak ada rasa kelainan daripada persembahan saya pada tahun sebelumnya,” jelasnya lagi.

“Saya Memang Impikan Anugerah Vokal Terbaik Sejak Kali Pertama Masuk AJL,” – Aina Abdul

IKLAN

“Saya Memang Impikan Anugerah Vokal Terbaik Sejak Kali Pertama Masuk AJL,” – Aina Abdul

Aina berkongsi mengenai impiannya itu ketika diundang sebagai tetamu jemputan rancangan bual bicara Wanita Hari Ini, TV3 pada Isnin.

Dengan kemenangan tersebut, Aina membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000 berserta trofi.

IKLAN

Anugerah Juara Lagu Ke-36 telah diadakan di Dewan Merdeka, (WTCKL), Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di TV3 yang menyaksikan lagu Pelukan Angkasa diangkat sebagai Juara Lagu.

“Saya Memang Impikan Anugerah Vokal Terbaik Sejak Kali Pertama Masuk AJL,” – Aina Abdul “Saya Memang Impikan Anugerah Vokal Terbaik Sejak Kali Pertama Masuk AJL,” – Aina Abdul

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Aina Abdul

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI