Industri hiburan ini sememangnya diidamkan oleh mereka yang ingin menjadi popular dan idaman masyarakat.

Apa taknya, pergi mana-mana semua orang kenal, orang nak bergambar…mesti syok kan?

Namun, ia bukanlah dunia yang diidamkan oleh pelakon, Fahad Iman, 25 tahun kerana baginya, lakonan merupakan satu perkara yang dia minat.

IKLAN

‘Saya Masuk Industri Bukan Sebab Nak Popular Tapi…’ – Fahad Iman

“Saya berlakon kerana memang minat dan suka berlakon bukan sebab nak popular. ‘Its my pasion’. Bagi saya bila dapat peluang untuk berlakon pun dah cukup seronok dah.

“Cuma bila orang kenal tu macam bonus tambahan lah bagi saya,” katanya ketika ditemui di Sidang Media 3 Gadis Manis Musim Ke-2 di Penang Village Great Eastern Mall, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, nama Fahad dikenali menerusi drama ‘Suri Hati Mr Pilot’ dan ‘Isteri vs Tunang’ serta turut terlibat sebagai pelakon teater dan juga iklan komersil.

IKLAN

‘Saya Masuk Industri Bukan Sebab Nak Popular Tapi…’ – Fahad Iman

IKLAN

Tambahnya lagi, Fahad sangat bersyukur dengan peluang yang diterima untuk terus berada di dalam industri lakonan ini.

“Kalau dilihat di mana Fahad berada sekarang ini, Fahad memang sangat bersyukur dengan apa yang Fahad kecapi sekarang.

“Alhamdulillah rezeki tidak putus-putus dan orang pun kenal Fahad jadi saya rasa selesa di mana saya berada sekarang.

“Cuma perancangan Fahad untuk masa akan datang, nak cuba untuk mengarah pula kerana dua ‘pasion’ Fahad adalah lakonan dan juga mengarah,” katanya lagi.

Fahad kini terlibat dengan penggambaran drama bertajuk ‘Nafas’ yang akan bersiaran di NTV7 di samping pelakon-pelakon Kilafairy, Erwin Dawson, Thanuja Ananthan, Christine Suzanne dan Gambit Saifullah.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI