Ads

“Saya Masih Pakai Tasbih Digital Sejak Pulang Haji,” – Afgan Kekal Istiqamah Dalam Amalan Zikir

Penyanyi Indonesia, Afgan mengakui amalan harian mengenakan tasbih digital kini sudah menjadi kebiasaan sejak dia pulang menunaikan ibadah haji tahun ini.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, 35, berkata  penggunaan tasbih digital kini menjadi rutin untuk dirinya berzikir, terutamanya ketika berasa tidak tenang atau menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian.

“Rasanya saya sudah terbiasa sewaktu menunaikan haji sebelum ini, di sana (Makkah) saya tidak pernah meninggalkan tasbih digital itu.

“Jadi sampai sekarang saya masih suka pakai. Kadang-kadang apabila saya berasa tidak tenteram atau dalam hal apa juga selalunya memang saya berzikir.

“Mungkin sudah jadi kebiasaan, habit waktu saya menunaikan haji dulu,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Retrospektif Showcase di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ads

Penyanyi lagu Terima Kasih Cinta itu menambah, pengalaman menunaikan haji memberikan perubahan besar dalam hidupnya selain menjadikan dirinya lebih dekat dengan agama.

“Saya jadi lebih tenang. Sebelum menunaikan haji saya tidak biasa begini.

“Perubahan terbesar selepas haji pastinya saya lebih dekat dengan Allah, berserah dan tawakal dalam menjalani kehidupan,” ujarnya lagi.

Ads

“Saya Masih Pakai Tasbih Digital Sejak Pulang Haji,” – Afgan Kekal Istiqamah Dalam Amalan Zikir “Saya Masih Pakai Tasbih Digital Sejak Pulang Haji,” – Afgan Kekal Istiqamah Dalam Amalan Zikir

 

Terus Aktif Dalam Karier

Sebelum ini, penampilan Afgan memakai tasbih digital ketika ditemu bual oleh sebuah stesen radio tempatan mencuri perhatian ramai.

Ads

Rata-rata peminat memuji sikap penyanyi berkenaan yang kekal istiqamah dan terus mengekalkan amalan baiknya selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji pada Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, Afgan bakal mengadakan Retrospektif Showcase pada 5 Disember ini, bersempena pelancaran album baharunya yang turut menggunakan judul sama, Retrospektif.

Tiket untuk showcase tersebut telah mula dijual sejak 1 Oktober lalu di laman web golive-asia, dengan harga bermula RM358 hingga RM1,398.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.