Berita

“Saya Masih Nervous, Tak Percaya…,” – Nas-T Jadi Keluang Man, Teka-Teki Terlerai

Share

Teka-teki terjawab apabila nama pelakon, Nas-T diumumkan sebagai pelakon utama filem adaptasi animasi terkenal Keluang Man.

Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar dipilih berdasarkan video ujibakat yang dihantar kepada Astro Shaw beberapa bulan lalu.

“Saya masih nervous, masih tak percaya saya dipilih sebab prosesnya sangat sukar. Ia punyai empat fasa, ramai pelakon hebat pun mencuba nasib. Saya rasa sangat kerdil,” katanya, lapor Gempak.

Pengumuman sama turut dikongsikan Nas-T di dalam hantaran terbaharunya di Instagram.

“Setelah berhari-hari korang meneka. Mesti dah tertunggu-tunggu. Hari ni kitaorang nak bagitahu watak KELUANG MAN untuk filem KELUANG MAN yang akan datang ialah NAS MUAMMAR ZAR atau lebih dikenali sebagai Nas T!,” tulisnya.

Terdahulu, Keluang Man merupakan siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri di negara ini.

Versi filem Keluang Man akan memulakan penggambaran tahun hadapan dan dijadualkan tayangan pada 2025.

Selain Nas-T, pendukung tiga watak utama lain turut diumumkan iaitu Shamsir yang dipegang oleh Remy Ishak, Ahmad (Datuk Rosyam Nor) dan (Anwar Beg Mughal).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN