Linda atau nama sebenarnya Norlinda Nanuwil, turut menambah, meski hampir 15 tahun menyepi, perkara tersebut tetap ditanya peminat khasnya di media sosial.

“Saya pelik sejak dari dulu sehingga kini, saya selalu dikatakan telah berkahwin. Saya masih bujang dan tidak pernah berkahwin dengan sesiapa seperti dakwaan umum di luar sana.

“Sebenarnya, telah beberapa kali saya keluar dengan kenyataan ini. Namun saya perlu ulangi kenyataan supaya tidak lagi menjadi persoalan dalam kalangan netizen,” katanya.

Pada masa sama, bintang berusia 35 tahun ini juga menafikan ada mengenali ahli politik sekali gus menyebabkan dirinya berundur dalam dunia seni.

“Saya tidak pernah berjumpa atau keluar dengan sesiapa pun yang bergelar ahli politik,” tegasnya yang turut mengaku sedang mengenal hati budi seseorang tetapi belum bersedia untuk ke suatu fasa lebih serius.

Sementara itu, Linda bakal membuat kemunculan semula secara eksklusif di sebuah konsert bersama 12 bekas pelajar AF2 pada Ogos depan.

Sumber: Kosmo! Online, Foto: Instagram Linda Nanuwil