“Saya Mahu Jaga Kakak Terlebih Dahulu” – Chacha Maembong Enggan Ulas Isu Berbikini Di Bali

Share

Pelakon Chacha Maembong enggan mengulas lanjut mengenai video kontroversi miripnya yang didakwa hanya berbikini di Bali, Indonesia bersama teman-teman baru-baru ini.

Chacha,23, menambah dia tidak mahu isu yang berlaku mengganggu konsentrasi dirinya yang mahu menjaga kakak, Emma Maembong yang dimasukkan ke hospital kerana diserang demam panas dan jangkitan kuman.

“Minta maaf banyak-banyak saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan sekarang.

“Buat masa sekarang saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan memandangkan Emma masih dalam hospital.

“Sekarang pun saya bergegas mahu ke hospital dan kalau boleh saya mahu fokus menjaga kakak terlebih dahulu.

“Saya memang tak boleh, minta maaf… tak nak jawab fasal perkara tu. Saya biarkan saya dahulu sebab mahu jaga keluarga terlebih dulu buat masa sekarang,” katanya.

Beberapa hari lalu tular beberapa potongan video yang dipercayai telah dimuatnaik menerusi Instastories yang seterusnya viral di media sosial.

Penularan video-video tersebut sekaligus mencetuskan reaksi kurang senang netizen.

IKLAN