Categories: Berita

“Saya Langsung Tak Terima Lafaz Cerai Seperti Didakwanya Dilakukan Terhadap Saya Menerusi Whatsapp,” – Lufya Omar

Share

Memetik artikel Berita Harian, penyanyi Lufya Omar mengakui tidak pernah menerima sebarang lafaz cerai menerusi aplikasi Whatsapp seperti yang didakwa suami, Dr Che Muhammad Hafiz.

Malah, dia mengakui bingung dengan penjelasan suaminya kepada media sebelum ini yang menjelaskan dia sudah melafazkan cerai ke atas isteri menerusi aplikasi berkenaan.

Saya langsung tak terima lafaz cerai seperti didakwanya dilakukan terhadap saya menerusi WhatsApp.

“Kalau dia ada memfailkan perceraian, saya pasti ada menerima dokumen berkaitan,” katanya dipetik.

Dia turut memohon agar suami mengikut saluran yang betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman.

Saya terima ketentuan-Nya jika suami mahu menceraikan saya, tetapi biarlah menerusi saluran betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman.

Jika dia mengambil saya dengan cara baik, maka pulangkan dengan cara yang sama. Jangan cakap dia sudah melafazkan cerai menerusi WhatsApp.

“Dia kena fikir, dirinya mempunyai anak. Semua ini adalah untuk kebaikan dan hormatilah cara sepatutnya bagi melepaskan wanita yang kamu kahwini,

” katanya.

Bintang Akademi Fantasia ini mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun.

Foto : Berita Harian

IKLAN