Penyanyi terkenal, Datin Alyah akui sudah naik jelak apabila wajahnya sering kali dikatakan mirip dengan individu yang kerap mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini.
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, perkara tersebut kerap berlaku lebih-lebih lagi apabila dia memuat naik video di akaun media sosial miliknya.
“Benarlah kata orang, manusia ini ada tujuh wajah yang dikatakan hampir sama atau kata lainnya pelanduk dua serupa.
“Namun, sekali dua boleh la cakap muka saya sama macam sesiapa pun tapi kalau setiap kali saya buat video nak kata sebegitu, susah la.
“Ya Allah Ya Tuhanku, saya ada mak, ayah dan suami. Saya ada muka saya sendiri. Kalau ikutkan, saya ni dah tua dah. Lahir pun tahun 1981. Terpaksa pula ikut muka budak tu. Padahal kita lahir dulu,” katanya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu menerusi sebuah hantaran video di aplikasi Tik Tok.
Ads
Jelas Alyah lagi, dia lebih selesa jika dirinya dikenali kerana namanya sendiri.
“Sebenarnya saya tak kesah pun. Nak cakap macam mana lagi. Ini kejadian yang Allah dah bagi.
“Tapi kalau dah selalu sangat sampai bila buat video je tapi tag orang lain, rasa macam saya ni tiada kehidupan pula? Saya pun nak orang kenal sebagai Alyah,” ujarnya lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur menonton video tersebut selain turut memuji wajah Alyah yang dikatakan awet muda.
“Patutnya dia yang sama muka macam Datin. Tapi dah semua orang kata Datin macam muka dia, maknanya Datin awet muda.
“Stop la cakap muka Datin macam iras budak tu. Kesian weh. By the way, Datin lahir tahun 1981? Awet muda.
Ads
“Datin bercakap dengan menyanyi macam tiada beza.
“Jauh beza Datin dengan orang tu. Apa yang samanya?
“Datin tetap maintain cantik. Jangan risau. Lain dan tak sama,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, video berkenaan telah pun meraih lebih 50,000 jumlah tontonan setakat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Fyna Jebat mengakui suaminya, Datuk Zainal Abidin memberikan sokongan sekaligus terbuka sekiranya dia mahu kembali aktif menyanyi sejurus tamat program realiti, Famili Duo, Ahad lalu.
Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat, 29, berkata suaminya yang juga bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan itu maklum dengan minatnya terhadap dunia seni suara.
“Alhamdulillah baik keluarga dan pasukan The Jebats… semua telah memberikan sokongan yang kuat setiap minggu. Saya sendiri tidak tahu nak cakap macam mana. Semuanya di luar jangkaan.
“Suami bagi (sekiranya aktif dalam seni). Setakat ini tidak ada syarat. Mungkin sebab dia tahu minat saya dalam dunia nyanyian. Dia sokong sahaja apa yang saya buat. Asalkan apa yang terbaik untuk saya, dia okay,” katanya kepada MH.
Fyna berkata demikian selepas dinobatkan sebagai Naib Juara Famili Duo musim kedua bersama kakaknya, Ayda Jebat.
Mengulas sejauh mata penerimaannya terhadap komen pelbagai yang diberikan netizen, Fyna senang untuk melihat ia daripada sudut yang positif.
“Bagi saya apa (komen) yang baik kita ambil dan yang sebaliknya juga kita terima demi memperbaiki diri.
“Apa pun, terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan saya. Saya pun mendoakan yang terbaik untuk semua di luar sana,” katanya lagi.
Terdahulu, pendedahan Fyna yang mengakui dirinya sudah bergelar isteri kepada Zainal Januari lalu mengejutkan ramai pihak sekaligus mencetuskan sensasi di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
‘Another level!’, mungkin itu yang boleh diungkapkan apabila jenama pakaian Bulan Bintang dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur (KL Tower) menganjurkan pertunjukan fesyen, ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ di KL Tower pada Sabtu.
Ia menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan bersama 326 pilihan warna eksklusif dan hadir dengan saiz sehingga 5XL.
Selain himpunan penyanyi popular yang turut menyampai lagu sepanjang pertunjukkan, ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ turut menampilkan barisan duta mereka seperti Shukri Yahaya, Sharnaaz Ahmad, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha dan Daiyan Trisha.
Mengulas mengenai acara yang mendapat pengiktirafan di Malaysia Book of Records susulan kejayaan menerbangkan dron terbanyak dalam tempoh 10 minit itu, Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkata ia impian yang menjadi kenyataan.
“Kami mahu melakukan kelainan yang tidak pernah dibuat dalam sebarang pertunjukan fesyen. Formasi dron ini dibawa khas dari United Kingdom.
“Saya mendapat inspirasi selepas melihat sendiri kehebatan formasi dron tersebut ketika bercuti ke luar negara. Apa yang dapat saya simpulkan, kos melibatkan formasi ini menelan belanja 80 peratus daripada kos keseluruhan,” katanya.
Terdahulu, kos bagi pertunjukan fesyen ini menelan belanja sekitar RM2 juta.
Formasi dron yang diterbangkan juga membawa satu kisah perjalanan Bulan Bintang sejak dari mula jenama ini bertapak.
Berkongsi mengenai pemilihan wajah wakilan pula, Azzim Zahid menambah, barisan selebriti ini mempunyai pengikut berbeza-beza.
“Contohnya Syukri Yahya, Hanna Delisha mereka mempunyai kegilaan pengemar drama tempatan tetapi mempunyai penonton di stesen TV yang berbeza-beza.
“Begitu juga lainnya, Nadhir Nasar ialah antara bintang muda yang sedang baik mencipta nama. Bekerjasama dengan mereka juga mudah dan masing-masing profesional,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...