Pelakon Reen Rahim tidak menafikan dirinya tidaklah begitu sinonim senarai barisan pelakon popular seangkatan. Katanya, dia tidak kisah andai tiada di dalam senarai popular asalkan bakat dan kredibilitinya dalam lakonan diakui produksi dan penggiat seni.

Percaya kepada rezeki, bekas peserta Pilih Kasih ini tetap akan memberikan yang terbaik di dalam setiap naskhah filem atau drama yang bakal dilakonkan.

“Saya tidak kisah mengenai hal tesebut. Kalau dapat terlibat di dalam slot yang ramai penonton, itu boleh dikatakan sebagai rezeki. Mengapa tidak untuk kita ambil tawaran berkenaan kalau naskahnya bagus. Malah sejak awal penglibatan saya dalam lakonan pun saya dah sedia sedar akan situasi saya dalam industri.

 

“Saya tidaklah terlalu memilih slot popular atau apa. Cumanya kalau rasa naskhah itu bagus dan saya mahu lakukan, insyaAllah saya pertimbangkan. Sebab soal populariti sesebuah drama tau filem itu pun terletak pada luck juga,” katanya kepada MH.

IKLAN

Reen terdahulu ditemui ketika di set penggambaram filem terbarunya, Town Mall di Kota Damansara baru-baru ini. Turut terlibat di dalam filem seram arahan Ahmad Idham itu ialah Intan Ladyana dan Datuk Eizlan Yusuf.

IKLAN

Pada masa sama, Reen juga turut bersyukur kerana meski dirinya tidaklah berada dalam lingkungan glamor sebagaimana rakan-rakan seindustri, namun kepercayaan pengarah dan penerbit masih lagi ada.

IKLAN

“Setakat ini alhamdulillah, kebanyakan watak yang saya bawa ada yang ingat. Yang paling penting saya kurang ditegur dengan panggilan ‘pelakon kayu’ dan sebagainya.

 

Itulah yang saya mahu. Orang percaya dengan bakat kita,” kongsi Reen yang kini beraksi menerusi siri seram untuk siaran Astro Maya, SuriRam. 

MH berada di belakang tabir filem seram arahan Ahmad Idham, Town Mall

Posted by MEDIA HIBURAN on Monday, 13 August 2018

Foto: Instagram Reen Rahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI