Mengumpul pengalaman dalam industri serta pengetahuan dalam bidang muzik menjadi bekalan sebelum membuat keputusan bergelar penyanyi.
Itu formula yang cuba diguna pakai bintang baru, Adam Izzy bagi mempersiapkan diri, selain menyedari persaingan yang perlu dihadapi dalam cabang seni baru yang diterokai.
Pada masa sama, dia turut mengambil langkah termasuk mengumpul duit dan membeli kelengkapan berkiatan penerbitan muzik bagi memastikan dirinya faham secara menyeluruh berkaitan bidang tersebut.
“Saya kumpul duit sedikit demi sedikit dan beli peralatan berkaitan serta belajar mengenai muzik supaya saya lebih faham.
“Saya juga belajar di YouTube dan banyak bertanya kepada rakan dan orang berpengalaman mengenai bidang ini,” katanya.
Bintang berusia 27 tahun ini turut mengakui, penerimaan baik single Bahasa Inggerisnya tahun lalu memberikan sedikit sebanyak memberikan semangat untuk muncul dengan karya terbaru berjudul Tak Bersalah.
Ia sudah pun dilancarkan sejak Jumaat lalu sekali gus mengharapkan sambutan positif pecinta muzik lokal.
Ads
Bekas penyampai Hitz FM ini juga berharap single terbaharu ciptaan Omar K bersama Ikhwan Fatanna dan dirinya sendiri diterima baik oleh peminat industri muzik tempatan.
“Saya berharap Tak Bersalah yang mempunyai sentuhan Pop RnB ini sesuai dengan halwa telinga semua. Dalam lagu ini pelbagai emosi dikongsi.
“Lagu ini juga menceritakan seorang lelaki yang mempertahankan dirinya dan yakin kebenaran akan terbukti akibat salah faham,” akui Adam yang turut mahir bermain piano.
Lagu Tak Bersalah yang mempunyai lirik dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris ini boleh didengari di semua platform digital dan muzik video ditonton di YouTube Adam Izzy.
Ads
Adam turut menambah, dia juga selesa menyanyikan lagu Bahasa Melayu kerana memang mempunyai kawan serta peminat yang menyokong kerjaya muziknya.
“Bila saya keluar dengan single Bahasa Inggeris tahun lalu berjudul Dying Inside, memang ada yang cadangkan saya nyanyikan lagu Melayu.
“Setelah berbincang dengan pengurusan dan rezeki dapat bekerjasama dengan komposer hebat seperti Omar membuatkan saya bersemangat,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, Adam bermula di pentas komersial menerusi iklan beberapa jenama ternama sejak kecil sehingga dewasa.
Malah dia juga diberi kepercayaan mengendalikan beberapa acara antarabangsa sebagai pengacara serta kempen yang dijalankan.
Berkenaan persaingan dengan ramai bakat baharu sedia ada, Adam berkata, dirinya hadir dengan bakat yang ada untuk dikongsi dengan peminat industri muzik tempatan.
“Saya mahu memeriahkan industri dan pada masa yang sama menjual bakat saya. Saya percaya ada yang akan menyokong usaha ini.
“Masing-masing pasti ada citarasa muzik dan saya kongsikan apa yang saya ada untuk anda semua,” katanya.
Adam juga rajin membuat ‘cover’ lagu-lagu popular di laman YouTube miliknya dan pernah mendapat pujian dari penyani tersohor seperti Faizal Tahir.
Bagi yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat, kalian boleh berinteraksi secara terus bersamanya menerusi laman Instagram @adamizzy, Facebook Page dan YouTube : Adam Izzy.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang juga kakak kepada Ruhainies, Risteena Munim tidak menafikan dia dan tunang, Isa Khan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.
Malah jelasnya kepada Gempak, pekara tersebut masih di dalam fasa perbincangan atas situasi semasa yang melanda seluruh dunia ketika ini.
“Kami rancang berkahwin tahun ini tetapi buat masa ini kedua-dua belah keluarga sedang berbincang mengenainya.
“Tarikh pun terpaksa difikirkan semula kerana pandemik ini. Apa pun kalau ada berita baik selepas ini kami akan kongsikan,” katanya seperti yang dipetik.
Risteena bagaimanapun mengharapkan segalanya berjalan lancar dan urusan mereka dipermudahkan.
“Doa-doakanlah semuanya berjalan seperti yang dirancang.
“Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan para peminat yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata positif selama ini,” ujarnya.
Terdahulu, Risteena dan dan Isa Khan mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu dalam satu majlis kejutan yang dilangsungkan di Bora Ombak, Putrajaya.
Pasangan sama cantik sama pada ini sebelum ini mencuri tumpuan apabila sering berkongsi perihal ceritera cinta bersama peminat.
Sumber: Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Ozlynn Wati ada ‘membuat rayuan’ untuk hamil lagi buat kali terakhir meski ia mendapat tentangan daripada ahli keluarganya.
Perkara tersebut didedahkan bintang versatil ini menerusi salah satu entri terkininya di Instagram.
Jelas Ozlynn, anak bongsunya yang mesra disapa Moleiq turut ‘meminta’ mahukan adik.
Perkongsian tersebut dikongsikan Ozlynn bersama lampiran foto sekitar majlis keraian sambutan hari lahir ibu, suami, pelawak dan penyampai radio Johan, serta anaknya Ariq dan Moleiq.
“Selamat hari lahir buat papa, mak, ariq n moleiq, syg sgt2. Terima kasih semua yg bg hadiah, wish n doa.
“Moga segala doa yg baik itu berbalik pada kalian, buat adik bradik plsss la bg aku ngandung last, janji la last.
“Moleiq dh request adik tu.. sape setuju aku ngandung lg.. undian yg byk kira boleh hapuskan undian adik badik aku yg bangkang utk aku ngandung lagi. Anyway tq @cakesbyaiai sedap cakenya,” tulis Ozlynn.
Terdahulu, hasil perkongsian hidup bersama Johan, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.
MH meninjau ke ruangan komen pada entri berkenaan, ramai peminat yang terhibur sekaligus bersetuju andai pasangan ini dikurniakan cahaya mata lagi.
Foto: Instagram Ozlynn Wati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.