Persembahan Fitri Haris pada Konsert Gema Gegar Vaganza 2 (GGV 2) Separuh Akhir minggu lalu sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua penonton.

Apa taknya, isu yang dinaikkan oleh Fitri berkaitan dengan isu penderaan kanak-kanak sememangnya dekat dengan hati kita . Dia juga membawa maksud lagu ‘Di Matamu’ yang dinyanyikan oleh Sufian Suhaimi itu dari sudut yang berbeza.

Penampilan istimewa adik Muhammad Ariff Abdullah, 14 tahun juga sangat bermakna apabila dia berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata.

“Saya Kalah Dengan Emosi’- Fitri Haris Kongsi Perasaan, Buat Persembahan Dengan Ariff

IKLAN

Dalam kesempatan MH bertemu dengan Fitri di belakang pentas usai tamat konsert tersebut, sempat juga ditanyakan sama ada dia memang suka membuatkan penonton tersentuh dalam setiap persembahannya.

“Sebenarnya takde niat pun nak buat orang menangis Cuma saya seorang yang suka mengkaji dan bereksperimen. Masa dapat lagu ‘Di Matamu’, lama juga saya termenung.

“Tak tahu nak buat mesej apa sebab lagu tu orang dah bayang dalam kepala otak mereka pasal ‘putus cinta’ dan sebagainya.

“Jadi sukar untuk saya nak ubah persepsi orang terhadap lagu tersebut. Lagi satu, pada saya, Sufian dah bawakan lagu tersebut cukup baik sekali. Susah nk ubah lagi itu untuk jadikan seperti saya penyanyi asalnya,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Fitri turut mengakui bahawa dia hampir tewas dengan permainan emosi semasa malam persembahannya itu.

IKLAN

“Sejujurnya, saya hampir kalah dengan emosi saya masa persembahan itu. Kalau diikutkan banyak lagi sebenarnya yang ingin saya tunjukkan.

“Tapi bila lihat wajah adik Ariff, saya tak boleh nak teruskan, kalau diteruskan saya akan menangis di situ. Sebab itu, saya peluk dia (Ariff) dan bisik di telinganya, ‘terima kasih banyak-banyak’” ceritanya lagi.

Berikutan persembahan mantapnya itu, Fitri berjaya menempatkan diri ke final GGV 2 minggu hadapan.

IKLAN

“Saya Kalah Dengan Emosi’- Fitri Haris Kongsi Perasaan, Buat Persembahan Dengan Ariff

Konsert akhir GGV 2 akan ditayangkan di 5 saluran iaitu Astro Oasis( saluran 106) , Maya HD (saluran 135), Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan saluran terbaharu sempena Ramadan, Ramadan HD (saluran 122).

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI