Categories: Uncategorized

‘Saya Kagum Dengan Keberanian Fathia’ – Tun M Puji Fathia Latif

Share

Wah berhuntungnya Fathia Latif! Jika sebelum ini ramai yang mengecam tindakkannya yang suka ‘bersuara’membidas sesetengah individu di Twitter demi kepentingan rakyat, kali ini usahanya itu dipuji oleh bekas pedana menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad.

BACA: ‘Saya Bukan Anti Kerajaan’ – Fathia Mohon Maaf

Melalui akaun Instagramnya baru-baru ini, Fathia telah muat naik sebuah video durasi 1 minit yang memaparkan wajah Tun M yang berterima kasih kerana sering mempertahankannya.

Malah, Tun M turut kagum dengan keberanian Fathia yang sering bersuara tentang beberapa hal untuk kebaikan.

Dalam pada itu, Fathia turut meluahkan rasa sedih dan simpatinya terhadap Tun M dan meminta orang ramai untuk melihat seseorang itu dari sudut mata hati.

“Bila kita diatas, orang sanjung kita mcm nak rak . Well, itu perkara biasa 🙂 Tapi, bila kita sudah tua, atau jatuh, orang kata kita ni dah tak relevan, macam-macam mereka kata, kata kita ni nyanyok, kata kita gila, takdak akai, itu lah dinamakan kacang lupakan kulit!

 

“Akhir kata, lihatlah seseorang itu bukan dari sudut mata yang biasa , tetapi gunakan lah MATA hati !

 

“Cuba kenang, ingat dan bersyukur banyak banyak kerana masih ada manusia yang sanggup pertahankan kita dan masih mampu bertahan! bukan untuk kepentingan diri sahaja, tetapi untuk kita semua. With love and regards, Nur Fathia,” jelasnya.

Malah, Fathia turut berkata dia terasa sebak apabila melihat pandangan mata Tun M ketika berkata-kata.

Bagaimanapun, Fathia telah menutup ruangan komen sejak ia mula dimuat naik. Video tersebut telah mendapat hampir 58 ribu jumlah tontonan sejak beberapa jam yang lalu.

Beberapa rakan artis turut berkongsi video yang sama di akaun mereka seperti Farid Kamil.

MH tahu pasti ramai sahabat-sahabat Fathia turut tumpang gembira dan bangga apabila melihat Tun M memuji keberaniannya yang selama ini menjadi ‘senjata kecaman’ buat semua netizen.

IKLAN