“Saya Juga Terpisah Dengan Ayah Sejak Kecil…”- Pemergian Bapa DS Aliff Syukri, Zarina Zainuddin Mengimbau Detik Sedih Perpisahan Keluarga

Share

Berita sedih mengenai bapa kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi telah mendapat perhatian rakan selebriti.

Pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin misalnya telah memuat naik sekeping gambar Aliff bersama bapanya menerusi akaun Instagram miliknya.

Turut bersimpati, Zarina telah meluahkan rasa sedih dan mengimbau kembali kenangan dahulu bersama bapanya.

“Baru beberapa hari lepas saya lihat di ig nya @aliffsyukriterlajaklarisgambar beliau mengucup tangan abahnya ..”

“Tiba2 semalam dapat berita abahnya sudah tiada sudah pergi mengadap pangilan ilahi..Al-fatihah ,salam takziah buat dato seri sekeluarga atas kehilangan insan tersayang, semuga roh aruah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalngan orang orang yang beriman dan beramal soleh ,saya yakin aruah seorang yang baik menjadi kebangaan keluarga.

“Kisah dato mengingatkan saya pada ayah saya..saya juga terpisah dengan ayah dari kecil ..ayah kawin lain mak saya pun kawin lain…

“Bila dalam keadaan keluarga berpisah saya cuma mampu berdoa agar dipermudahkan hubungan keluarga kami.

“Sedih..sedih nya sebab takde kasih sayang ayah mak masa saya perlu…saya tumpang kasih sayang atuk nenek saya.

“Perjalanan cerita masing2 mungkin berbeza..tapi kesimpulan hakikatnya sejauh mana pun kita berjalan kasih keluarga melambai pulang..mungkin hubungan suami isteri itu terpisah..berhenti hingga disitu tapi hubungan dengan anak tidak akan berakhir selamanya” tulisnya panjang lebar.

Lantas, peminat Zarina turut merasa sedih dan sebak setelah membaca kapsyen yang ditulis pelakon berusia 49 tahun itu.

Di samping itu, peminat juga turut mendoakan kesejahteraan keluarga Aliff dan Zarina.

Kami di MH mengucapkan ucapan takziah kepada Aliff atas kehilangan bapa yang tercinta. Al-Fatihah.

Foto : Instagram Zarina Zainuddin

IKLAN