Berita

“Saya Juga Manusia Biasa, Lalui Hari Rollercoaster,” – Penjelasan Terhadap Dakwaan Sombong, Ezzanie Jasny Sentiasa Hargai Sokongan Peminat

Share

Pelakon, Ezzanie Jasny tampil menafikan dakwaan segelintir pihak yang melabelkan dirinya sebagai artis yang sombong.

Menurutnya, sepanjang berada dalam industri seni, dia belum pernah menolak permintaan peminat untuk bergambar atau berinteraksi.

Tegas Ezzanie, dia sentiasa menghargai sokongan semua pihak, terutamanya peminat yang terus menyokong perjalanan kerjaya seninya.

“Saya sombong? Selama saya dalam industri ini, saya tak pernah kata tidak bila orang ajak bergambar atau borak dengan saya.

“Saya juga manusia biasa macam kalian. Ada kalanya, kita juga lalui hari seperti rollercoaster,” tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ezzanie menerusi satu hantaran di Threads.

Mohon Maaf Jika…

Bagaimanapun, pelakon drama Impiana Karma ini mengakui bahawa ada ketika dia perlu melalui hari-hari yang mencabar, sekali gus mempengaruhi cara dia berinteraksi.

Jelasnya, keadaan seperti penat atau keperluan untuk fokus kadangkala menyebabkan dirinya dilihat kurang bercakap, namun ia tidak bermaksud dia bersikap sombong.

“Kadang-kadang kalau nampak saya diam atau tak banyak bercakap, mungkin saya penat atau tengah fokus. Bukan sombong.

“Saya sentuasa menghargai semua orang yang datang tegur dan menyokong saya. Kalau ada tersalah faham, saya minta maaf ya” kongsinya lagi.

Terdahulu, tular hantaran seorang pengguna Threads yang memetik beberapa nama artis termasuk Ezzanie yang didakwa sebagai antara selebriti yang bersikap sombong.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Ezzanie Jasny

Published by
Aizam Manaf