Awal malam tadi, Datin Seri Nor Shahida telah mengisi masa bersama tiga anaknya untuk menonton filem seram yang sedang rancak ditayangkan di pawagam, Munafik 2.

Isteri kepada ushawan Datuk Aliff Syukri itu turut menyatakan pengalamannya menonton filem arahan Shamsul Yusof itu menerusi Instagram.

IKLAN

“Saya jarang tengok filem melayu dan jarang juga tengok wayang kecuali bawa anak2 tgk cerita kartun. Sejujurnya filem ni sangat menyentuh hati saya,setiap lontaran kata amat memberi makna.

 

“Saya belajar hari ni daripada skrip yg terus menusuk ke hati ‘Allah izin belum tentu Allah Redha’…’Hidayah takkan datang kalau tidak dicari,” tulisnya.

Malah, ibu kepada empat cahaya mata ini mengakui turut menangis selepas menonton filem berkenaan.

IKLAN
IKLAN

“Saya menangis menonton bukan kerana sedih dgn jalan ceritanya tapi kerana rasa berdosanya saya selama ini kerana tidak menjadi hamba yg baik dan cinta kepadanya. Anak2 saya turut menangis bersama.

 

“Tontonlah dgn mata hati. Filem ni sangat memberi kesedaran,” kongsinya lagi sambil merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat di atas penghasilan filem hebat tersebut.

https://www.instagram.com/p/BnOp89whlsp/?hl=en&taken-by=shahidadherbs

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI