“Saya Ingin Ucapkan…”, – Dari Menyanyi, Cikgu Vokal Hingga Jadi Juri GV, Syafinaz Akan Sertai All Together Now 2 Pula Ke?

Share

Satu perkongsian video yang dikongsikan di TikTok mencuri perhatian apabila ia memaparkan figura Datuk Syafinaz Selamat yang didakwa bakal terlibat di dalam program All Together Now Malaysia (ATNM) musim terbaru.

Menerusi video yang dimuat naik ke akaun TikTok peminat juri Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) iaitu @Datuk SyafinazFANS, ia antara mengumumkan Syafinaz sebagai kapten kepada ATNM 2.

Menerusi video tersebut, Elly Mazlein telah memperkenalkan Syafinaz sebagai kapten ketika menjadi hos di acara Astro Showcase Party yang diadakan baru-baru ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendali 49 selebriti yang menjadi juri nanti,” kata Syafinaz.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan kesahihan mengenai perkara tersebut, jangan ketinggalan untuk menonton ANTM 2, Disember depan.

@syafinazselamat.fans Replying to @zwanyaakop Kapten untuk musim ke-2 All Together Now Malaysia – Datuk Syafinaz 👏 #atnmy #atnmy2 #alltogethernowmalaysia #alltogethernowmalaysiamusim2 #kapten #juri #judge #astroshowcaseparty #datuksyafinaz #syafinazselamat #keanuazman #ellymazlein #kaklinapompom ♬ original sound – Datuk Syafinaz FANS

Terdahulu, program realiti berkenaan menjadi antara platform terbuka kepada semua untuk menonjolkan bakat dalam bidang nyanyian yang dinilai oleh 50 selebriti popular pelbagai cabang seni.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN