“Saya Ingin Mengumumkan Jenazah Anak Saya, Pitt Hanif Telah Pun Ditemui Dalam Keadaan Yang Sangat Elok,” – Hajjah Fauziah Nawi

Share

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui jenazah, Pitt Hanif yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi sebentar tadi, lapor Awani.

Berkongsi berita sedih itu, Fauziah nawi menerusi Facebook, beliau baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan arwah anaknya oleh adiknya yang berada di lokasi kejadian.

“Saya Hajjah Fauziah Haji Nawi ingin mengumumkan bahawa jenazah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ataupun dikenali sebagai Pitt Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok,” maklum Fauziah secara langsung di Facebook peribadinya.

Dalam keadaan sebak, seniwati itu berterima kasih pada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan Allahyarham Pitt sepanjang kehilangannya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan, berusaha mencari jenazah anak saya,” kongsi Fauziah yang turut meminta maaf kerana tidak mampu untuk menjawab panggilan telefon semua pihak yang menghubungi.

Pitt Hanif, 43, yang juga seorang pengarah filem dikhuatiri lemas sejak Sabtu selepas bot fiber dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang sekitar pukul 1 tengah hari.

 

Sumber: Awani, Facebook Fauziah Nawi

IKLAN