Setelah beraksi selama 16 minggu menerusi episod utama dan prelude, akhirnya, gelaran Hero Remaja 2021 telah pun dianugerahkan kepada Mierul Aiman.
Mierul telah pun berjaya mengetepikan saingan daripada tiga finalis lain sekali gus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM10,000.
Bagaimanapun, Mierul mengakui gelaran juara bukanlah tiket baginya untuk bersenang-lenang menantikan tawaran yang mendatang sebaliknya dia harus bekerja dengan lebih keras untuk membawa namanya sebagai juara Hero Remaja yang baru.
Malah, berdasarkan rekod terhadulu, ada kalanya para finalis lain dilihat lebih menonjol berbanding penyandang juaranya sendiri.
Namun, jejaka asal Putrajaya ini tetap percaya dengan sega ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Secara peribadi, saya sebenarnya percaya kepada rezeki masing-masing. Saya berpegang pada satu perkara, rezeki itu bukan datang cepat atau lambat tetapi ia datang pada waktu yang tepat.
“Selain daripada percaya kepada kekuatan diri serta perjalanan proses itu sendiri, kita juga harus iklas dan tahu matlamat yang ingin dibawa. Sifat itu sebenarnya akan membawa kita ke tahap yang kita inginkan.
“Misalnya dalam bidang lakonan, andai kata rezeki saya lambat, saya tetap percaya satu masa nanti saya akan sampai juga ke tahap yang saya impikan,” kayanya kepada MH.
Ads
Pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Finale Hero Remaja 2021 yang berlangsung di pejabat Nu Ideaktiv, Shah Alam pada Isnin.
Ketika ditanya adakah dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kontorversi sebagai seorang anak seni, ini reaksi yang diberikan oleh Mierul;
“Nak cakap bersedia atau tidak untuk berhadapan dengan segala kontorversi selepas berakhirnya program Hero Remaja, sejujurnya memang tidak. Saya pun tiada sebarang perancangan untuk terlibat atau mengatur apa-apa kontroversi.
“Tetapi perkara tersebut merupakan asam garam dalam dunia industri. Mungkin perkara itu akan hadir dengan sendirinya. Saya akan cuba untuk menanganinya dengan matang dan baik.
Ads
“Saya akan sentiasa peka dengan setiap perkara yang berlaku. Kadang kala orang luar hanya menilai daripada perspektif mereka sahaja. Jadi, kita kena dengar daripada kedua-dua belah pihak. Kalau perkara itu salah, saya akan cuba baiki.
“Buat masa ini, saya menjual diri saya dengan bakat dan karya-karya yang ingin saya sampaikan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Mierul turut menyifatkan platfrom Hero Remaja ini bukan sahaja medan bagi dirinya untuk bertapak di dalam dunia seni, malah ia juga sebenarnya secara tidak langsung telah melatih dirinya untuk menjadi remaja yang lebih baik.
“Hero Remaja ini merupakan platform untuk saya menjadi remaja dan manusia yang lebih baik. Sebenarnya ada banyak lagi ilmu di luar sana yang saya kena cari.
Ads
“Saya bukan hanya nak berjaya dalam industri tetapi saya juga ingin menjadi remaja yang baik kepada masyarakat.
“Mungkin saya akan sertai pelbagai lagi kelas-kelas untuk memperbanyakkan ilmu dan pengalaman,” akhirinya.
Mengakui dirinya berasa agak ralat kerana tidak berkesempatan untuk berkerja dibawah arahan pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid, namun Mierul mendedahkan dia juga teringin untuk berkerjasama dengan pengarah-pengarah hebat lain seperti Razaisyam Rashid, Khir Rahman dan Nik Amir.
Pada malam finale yang berlangsung pada Sabtu lalu, Mierul telah diumumkan secara rasmi sebagai juara manakala tempat kedua pula disandang oleh Aqil Taqeeudin.
Tempat ketiga dan keempat pula masing-masing dimenangi oleh Fazziq Muqris dan Afiq Hamidon.
Anugerah Hero Favourite pula di jatuh kepada Syazani Zainal dan Hero Inspirasi pula sekali lagi disandang oleh Aqil Taqeeudin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Zayn Malik merupakan satu nama besar dalam industri muzik antarabangsa, kejayaan yang diraih bersama kumpulan One Direction menjadi titik tolak kepada taraf bintang dalam dirinya. Apabila dia memilih untuk bergerak secara solo sekalipun, nyanyian dan muziknya tetap menjadi perhatian dan menduduki tempat pertama tangga carta muzik.
Kisah cintanya bersama supermodel terkenal, Gigi Hadid juga menjadi tumpuan apatahlagi mereka memiliki seorang anak perempuan yang dinamakan Khai.
Baru-baru ini dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan tuduhan keganasan yang dilakukan oleh penyanyi kacukan Pakistan-England tersebut. Dia dikatakan mengasari ibu kepada kekasihnya, Yolanda Hadid. Satu laporan polis telah dibuat terhadap penyanyi tersebut dan kes masih dalam siasatan.
Menurut sumber, Zayn menerima pertuduhan itu namun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Pergaduhan itu dikatakan berlaku apabila Yolanda memuatnaik gambar Khai di media sosial. Seperti yang diketahui ramai, penyanyi tersebut sangat menjaga privasi anaknya dan tidak mahu dia menjadi tumpuan ramai dan media.
Ekoran insiden ini, Syarikat rakaman RCA telah menggugurkan pelantun lagu ‘Pillowtalk’ tersebut dari senarai artis naungan mereka.
RCA yang dimiliki oleh Sony Music Entertainment dalam satu kenyataan kepada sumber menyatakan yang ramai orang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kehidupan dan kerjaya Zayn ke landasan yang betul, tetapi tiada apa yang berhasil.
Namun bukan syarikat rakaman sahaja yang berpatah arang dengan penyanyi ini, dalam satu laporan lagi, syarikat pengurusannya juga telah memutuskan untuk tidak lagi menjaganya sebagai seorang artis. Sehubungan itu banyak kontrak kerjasama bersama jenama mula menarik diri dari menaja penyanyi berusia 28 tahun itu.
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memuat naik satu rakaman video yang memaparkan gelagat anak pertamanya, Siti Aafiyah ketika sedang belajar untuk bermain alat muzik piano bersama seorang gurunya.
Rakaman video tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Anta Permana itu menerusi akaun media sosial Instagram miliknya.
Apa yang menarik, Aafiyah kelihatan sangat bijak dan ceria ketika menyanyikan lagu ABC bersama guru berkenaan.
“Harini Aafiyah ada kelas belajar piano, tapi tengok tu. Dah macam buat konsert plak dia.. Tq teacher Illi sabar mengajar Aafiyah,” tulisnya.
Nama selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menjadi topik perbualan wargamaya apabila figura terkininya yang menampakkan ‘baby bump’ kian jelas kelihatan sewaktu menghadiri majlis sebuah jenama fesyen antarbangsa terkenal, pada Rabu.
Malah menerusi beberapa foto terkini yang dikongsikan adiknya, Ameera Khan ia seolah-olah menguatkan lagi teka-teki ramai yang mendakwa bekas hos MeleTOP itu sedang hamil anak sulung berdasarkan penampilannya.
“Comey sokmo Lofa Ni. Bila preggy koho comey,” tulis seorang wargamaya.
“Berseri-seri bakal Mommy ni,” puji wargamaya lain.
“Memang Nekfa pregnant sebab dah tengok video yang jelas Neelofa dekat TikTok. Semoga dipermudahkan bersalin,” doa wargamaya.
“Makin berseri-serilah Mommy to be ni,” antara komen yang ditinggalkan.
Meski sebelum ini berita kehamilannya beberapa kali diperkatakab, namun Neelofa mengambil pendekatan untuk tidak memberikan pengesahan mengenai perkara terbabit.
Dia bagaimanapun menerusi media menjelaskan, adalah lebih disarankan untuk berkongsi perihal kelahiran berbanding kehamilan. Cuma, dia turutmemohon doa semua kerana itu yang diperlukannya pada waktu ini.
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...