“Saya Hisap Rokok Dari Umur 16 Tahun,” – Asbab Alahan, Tom Sudah Seminggu Berhenti Merokok

Share

Meskipun mengalami alahan kehamilan yang agak teruk, penyanyi Tom menyifatkan segalanya yang berlaku terhadap dirinya ketika ini mempunyai hikmah yang tersendiri.

Menurut Tom, disebabkan tidak tahan dengan bau asap rokok, dia kini sudah seminggu berjaya meninggalkan tabiat yang sudah pun diamalkannya sejak remaja itu.

“Walaupun alahan kali ini sangat-sangat teruk tapi saya gembira. Dengan alahan ini, saya dapat berhenti merokok.

“Saya hisap rokok daripada umur 16 tahun. Akhirnya, sudah seminggu saya tak sentuh rokok langsung sebab tak boleh bau asap rokok,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh isteri kepada penyanyi, Fuad Rahman itu menerusi satu hantaran di ruangan Instagram Stories.

Malah, penyanyi lagu Redha ini juga berhasrat untuk meninggalkan terus tabiat yang membahayakan kesihatan itu meskipun selepas melahirkan cahaya mata.

“Selepas ini, Insyaallah tak nak sentuh rokok lagi. Kalau boleh selamanya,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, hasrat Tom untuk menimang cahaya mata pertama bersama Fuad tidak kesampai selepas dia dilaporkan mengalami keguguran ketika usia kandungan baru mencecah tiga minggu.

Tidak lama selepas itu, Fuad memaklumkan khabar gembira mengenai kehamilan kedua isterinya itu.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Menerusi dua perkahwinan terdahulu, Tom dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara lapan hingga 15 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Tom

IKLAN