Bagi memastikan kelancaran Konsert Triad, lagenda rock Datuk Awie mendedahkan dirinya memperuntukkan sembilan jam sehari untuk menjalani sesi latihan bersama Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.
Menurut Awie, komitmen tersebut diambil bersama anggota tiga kumpulan itu bagi memastikan persembahan yang terbaik serta memberikan pengalaman bermakna kepada peminat.
“Sudah hampir sebulan kita berlatih untuk konsert ini. Yang ‘pengsan’ sudah tentulah saya. Untuk setiap band, saya akan berlatih selama tiga jam. Jadi, sembilan jam secara keseluruhannya.
“Saya perlu ada masa untuk setiap band ini supaya saya boleh fokus mendengar, berlatih dan menyanyi. Agak berat juga tugasan ini tapi ini adalah kemahuan kami.
“Kami mahu mencipta sesuatu untuk Malaysia. Setelah penat sebulan berlatih, sudah pasti kami ingin buat yang terbaik,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Sejati ini berkata sedemikian ketika ditemui di sesi latihan Konsert Triad di Al Pamelo Studio, Ampang pada Jumaat.
Ads
Persediaan Sudah Cecah 80%
Katanya lagi, dia juga sedang memberikan fokus yang lebih terhadap lagu-lagu lama yang jarang dibawakan sebelum ini.
“Persediaannya sudah memasuki 80 peratus. Ia termasuk dari segi muzik, nyanyian dan penghafalan lagu-lagu. Ada sedikit bahagian yang perlu diperbetulkan lagi.
“Bersama Search Kid Din pula, mereka memang tiada masalah. Cuma saya sahaja perlu lebih fokus kerana ada lagu yang bukan lagu saya.
“Ada juga rasa kekok. Namun, saya memang peminat Search sejak dahulu. Jadi, ada lagu yang selamba sahaja saya nyanyi,” ulasnya lagi.
Ads
Bagaimanapun, Awie akui sedikit risau mengenai keadaan kesihatannya menjelang konsert yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.
“Semua baik sahaja. Cuma ketika ini, perut saya kembung sedikit. Alhamdulillah, Allah masih beri saya kudrat. Saya sudah pun membuat pemeriksaan di hospital.
“Doktor sudah pun memberikan ubat. Insha-Allah, dalam masa dua atau tiga hari lagi, saya akan okay. Di rumah juga saya melakukan senaman.
Ads
“Saya cuma minta untuk tidak sakit dan jangan demam. Minta dijauhkan. Saya lihat kawan-kawan lain pun di tahap terbaik. Bila sorang semangat, semua akan jadi semangat, akhirinya.
Terdahulu, Konsert Triad yang menghimpunkan tiga band rock iaitu Wings, Search Kid Din dan Dragon Malaya akan berlangsung di Zepp KL, Kuala Lumpur pada 14 Febuari ini.
Bukan sekadar melakar sejarah dalam industri muzik, konsert itu bakal mencipta nama dalam The Malaysian Book of Records, apabila seorang penyanyi utama mengemudi tiga kumpulan rock besar di satu pentas.
Dalam pada itu, tiket untuk konsert TRIAD sudah mula dijual sejak 7 Disember lalu dan boleh didapati secara dalam talian dengan harga bermula RM258 hingga RM10,000 (VIP Box).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hasrat Mariam ke peringkat akhir One In A Million (OIAM) minggu hadapan terkubur apabila dia tersingkir pada saingan separuh akhir yang disiarkan secara langsung dari Studio TV3, Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.
Mariam yang menyampaikan lagu Di Pintu Syurga menerima reaksi pelbagai juri tetapnya, Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan termasuk juri jemputan, Shila Amzah.
Mungkin juga, faktor penyingkiran juga dipengaruhi oleh peratusan undian daripada penonton yang rendah.
Bagaimanapun, Mariam menerima wang tunai sebanyak RM10,000 atas usahanya sepanjang saingan OIAM.
Sementara itu, empat peserta yang akan berentap di pentas akhir adalah Jimi, Marygrace, Kai Deva, dan Zazzleen.
Pada persembaham malam tadi, Mariam memilih lagu Di Pintu Syurga, Kai Deva (Srikandi Cintaku), Zazleen (Sehati Sejiwa), Marygrace (Satu Harapan) dan Jimi (Sedetik Lebih).
Minggu ini, pentas separuh akhir membawa tema Melodi Cerita Kita di mana semua peserta Top 5 menyampaikan lagu-lagu ikonik daripada runut bunyi drama dan filem.
Keputusan akhir bagi minggu ini ditentukan berdasarkan 60 peratus markah daripada juri dan baki 40 lagi bergantung kepada undian penonton.
Pentas CSOIAM minggu ini turut dimeriahkan dengan persembahan dari Search, menyampaikan dua lagu malar segar, Gelora Cintaku dan Fantasia Bulan Madu.
Penyanyi dan komposer dari Indonesia iaitu Ade Govinda turut tampil dengan persembahan istimewa bersama Cakra Khan menerusi lagu Masing-Masing dan Kamu Adalah.
Program realiti nyanyian yang mula mencipta fenomena pada 2006 itu diacarakan oleh hos Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy.
Juara OIAM bakal menerima hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon veteren, Roslan Saleh menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7 pagi tadi di kediamannya di Masjid Tanah, Melaka akibat komplikasi pelbagai penyakit.
Memetik laporan BH Online, khabar mendukacitakan itu telah disahkan sendiri oleh isterinya, Zainun Majid yang memaklumkan arwah meninggal dunia dalam tidur.
“Arwah ada pelbagai penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah rendah sejak lima tahun lalu. Arwah sering keluar masuk hospital disebabkan penyakit itu, meninggal dunia dalam tidur.
“Beliau meninggal dalam tidur dan Alhamdulillah, pergi pada Jumaat yang mulia ini,” katanya seperti yang dipetik.
Zainun berkata, jenazah arwah akan disolatkan di Masjid Ar Rahman Kampung Rantau Panjang dan disemadikan selepas solat Jumaat.
“Jenazah akan dibawa ke masjid untuk disolatkan pada jam 12 tengah hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang selepas solat Jumaat,” ujarnya.
Allahyarham Roslan meninggalkan seorang balu, tiga cahaya mata dan 10 cucu.
Sebelum ini, media melaporkan kesihatan Roslan yang mesra disapa sebagai Pak Lan merosot akibat menghidap penyakit diabetes kronik, kira-kira lima tahun lalu.
Sepanjang lebih tiga dekad berada dalam dunia seni, Roslan pernah membintangi banyak drama dan filem popular.
Antaranya, Sembilu 2, Gerak Khas The Movie 2, Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan, manakala Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda adalah filem terakhir lakonannya.
Roslan pernah berkongsi, dia tidak lagi aktif dalam dunia lakonan selepas mengalami masalah kencing manis kronik dan terlantar di rumah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jodoh merupakan sebahagian ketentuan Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya. Pada masa yang sama, kita diajar supaya sentiasa berdoa dan berusaha mencari pasangan yang baik akhlaknya, bertanggungjawab dan mentaati perintah Allah.
Nabi Muhammad SAW memberi garis panduan yang jelas dalam memilih pasangan sama ada di pihak suami mahupun isteri.
Terdahulu, tular sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rhea.zahra yang menjadi sorotan dan meraih perhatian ramai.
Video berkenaan, kini mempunyai jumlah tontonan sebanyak 836 ribu, tanda suka sebanyak 77 ribu dan sebanyak 677 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Neelofa yang memberi pesanan kepada individu yang ingin berkahwin terutamanya untuk wanita.
“I selalu cakap ni, kepada adik-adik luar sana yang mana nak kahwin kan, you nak kahwin, husband you kena sediakan rumah, rumah sekecil mana pun mengikut kemampuan dia, you kena terima benda itu”-Kata Neelofa
Rata-rata netizen teruja menonton video tersebut. Malah ramai yang memberikan sokongan mereka dan bersetuju terhadap apa yang dikatakan Neelofa.
Memang ada benarnya, kerana zaman sekarang ramai wanita yang ingin mengikuti kehendak mereka sendiri tanpa memikirkan kemampuan kewangan suami masing-masing.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari REMAJA.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.