Penyanyi legenda tanah air, Datuk Sheila Majid, mendedahkan dirinya hanya meluahkan segala perasaan dan keluh kesahnya kepada Allah SWT berbanding berkongsi di media sosial.
Menurut Sheila, terlalu terbuka berkongsi perasaan di media sosial bukan sahaja tidak membantu, malah ada ketikanya boleh memakan diri.
“Saya malu nak buat begitu. Nanti anak akan tanya apa kena dengan saya. Saya tidak akan meluahkan perasaan di media sosial tapi hanya kepada Allah SWT.
“Lagipun, orang-orang yang mendengar luahan kita di media sosial ini, boleh bantu kita ke? Atau hanya akan jadi bahan cerita untuk dijaja?
“Sebagai artis, kita kena bijak dan menggunakan platform media sosial sebaiknya. Jika kita berkongsi terlalu banyak, ada kalanya orang pun tak lalu nak tengok,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Sinarab itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Sheila Majid 40 Years In Music yang berlangsung di ibu kota pada Selasa.
Tambahnya, dunia media sosial hari ini jauh lebih mencabar berbanding era beliau dahulu yang lebih tertumpu kepada media tradisional seperti surat khabar, majalah dan televisyen.
Ads
“Setiap artis ada pilihan dan cara mereka untuk memasarkan diri masing-masing. Tiada betul atau salah. Namun, ini adalah pendirian saya tentang penggunaan media sosial.
“Apa sahaja yang anda kongsikan akan mendapatkan reaksi balas daripada netizen. Bukan semua orang suka kita. Jadi, kita kena berhati-hati dengan apa yang kita kongsikan.
“Jangan bagi ruang untuk orang kecam kita. Kini, semua orang ada pendapat. Dahulu, kisah artis ini hanya keluar di surat khabar dan orang ramai tak boleh komen sama ada mereka suka atau tidak.
“Jadi, kita kena kawal apa yang netizen akan nampak di media sosial. Kalau tak penting, tak perlu kongsi,” ujarnya lagi.
Konsert 40 Tahun, Fans Gen-Z Pun Sama Teruja!
Dalam pada itu, Sheila turut berkongsi keterujaan apabila bakal beraksi menerusi konsert Sheila Majid 40 Years In Music yang bakal berlangsung November depan.
Ads
Apa yang pasti, Sheila menyifatkan konsert ulang tahun ini sebagai satu detik istimewa dalam perjalanan seni yang bermula sejak tahun 1985.
“Ini adalah satu pencapaian dalam kerjaya saya selama 40 tahun. Rasa macam baru semalam saya minta izin daripada arwah ayah untuk menjadi penyanyi.
“Saya gembira kerana dalam tempoh ini, saya dapat buat apa yang saya suka. Saya tak pernah anggap kerjaya ini sebagai satu pekerjaan.
“Orang kata, 40 tahun itu satu tempoh yang lama tapi tidak bagi saya. Saya menikmati setiap perjalanan yang saya lalui.
“Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjaya saya selama ini terutama sekali buat para peminat,” kongsinya.
Ads
Malah Sheila turut terharu kerana kini sudah memiliki kelompok peminat muda, termasuk dari kalangan generasi Z, yang mengagumi muzik dan karyanya.
“Kini, saya juga punyai peminat gen-z. Saya ingatkan hanya mereka yang berusia 50 tahun ke atas dengar muzik saya.
“Ketika saya buat persembahan di salah sebuah festival muzik di Indonesia. Saya sangat terkejut dengan sambutan peminat-peminat muda di sana.
“Malah, anak saya juga terkejut bila rakan-rakan mereka turut kagum dengan saya. Tak sangka lagu Sinaran membuatkan mereka cari tahu semula lagu-lagu lama saya,” akhirinya.
Konsert Sheila Majid 40 Years In Music dijadualkan berlangsung pada 8 November ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Tiket akan mula dijual pada 17 Julai, dengan harga bermula dari RM268 (CAT 4), RM368 (CAT 3), RM468 (CAT 2), RM568 (CAT 1), RM668 (VIP), RM768 (VVIP) dan RM3,400 (Party Zone).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh, telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.6 kilogramdi sebuah pusat perubatan pada 26 Jun lalu.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Fara menerusi satu hantaran di Instagram pada petang Selasa.
“Saya sudah selamat bersalin pada 26 Jun 2025 jam 6.10 petang dengan berat 2.1 kilogram,” tulisnya.
Menerusi catatan yang sama, Fara turut berkongsi pengalaman penuh ujian dan detik cemas sebelum berjaya melahirkan bayi sulungnya yang diberi nama Elaine Nada.
“Dua hari sebelumnya, datang awal untuk check up. Tapi doktor nasihat masuk wad sebab air ketuban dah mula kurang dan baby kurang berat badan sebab masalah uri.
“Esoknya, jam 6 pagi masuk belon. Masuk belon tak sakit, lepas belon dah masuk tu sakitnyaaaa 100000/10 dan lepas 12 jam tahan sakit baru dapat painkiller.
“Jam 6 pagi keluarkan belon sebab jalan tak bukak juga. Cuma dua centimeter sahaja sepanjang 24 jam pakai belon. Doktor pecahkan air ketuban.
“Pukul 7 pagi masuk bilik bersalin. Doktor rancang drip induce. Jadi, dalam jam 10 am doc bius masuk, cucuk epidural (siapa cakap epidural cheatcode?). Sakit cucuk epidural,” kongsinya lagi.
Fara turut menjelaskan, dia akhirnya perlu menjalani pembedahan kecemasan selepas bayi didapati dalam keadaan bahaya.
“Jam 4 petang masih tiada buka jalan. Doc plan emergency czer sebab baby dah nak lemas. Nak czer, aku plak demam panas yelah dua hari dah tahan sakit.
“Akhirnya kena pembedahan juga. Jam 5.30 petang masuk bilik bedah.
“Alhamdulillah, keluarlah Elaine Nada dengan cara czer tapi kedua-dua kami tak dapat sama sebab baby terus masuk wad sebab air ketumban dah berkuman (demam).
“Aku masuk antibiotics lepas tu warded lebih kurang lima hari lepas tu. Sama jugak dengan baby,” luahnya.
Dalam pada itu, Fara turut meluahkan rasa syukur meskipun terpaksa melalui keseluruhan proses bersalin dan berpantang tanpa kehadiran suami di sisi.
“Alhamdulillah Elaine Nada nama seindah orangnya. Aku dan Elaine Nada berjaya lalui fasa mengandung seorang.
“Melahirkan anak sorang sorang tanpa ada bayang seorang lelaki. Hebatnya Fara Salleh. Doakan semoga Elaine Nada membesar dengan sihat,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk Sahar pada November 2023.
Namun begitu, Shuk didakwa telah melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon.
Sehingga kini, proses perbicaraan berhubung perceraian tersebut masih lagi berjalan di mahkamah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan personaliti media sosial Indonesia, Erika Carlina mengejutkan ramai apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil sembilan bulan hasil hubungan luar nikah.
Pengakuan tersebut dibuat secara terbuka ketika menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara kendalian Deddy Corbuzier menerusi saluran YouTube miliknya baru-baru ini.
“Erika… saya cuma nak ucap tahniah. Awak kini hamil sembilan bulan. Ini belum ramai yang tahu, bukan?” soal Deddy dalam temu bual tersebut yang disambut Erika dengan tenang.
“Setakat ini, hanya keluarga dan sahabat yang tahu,” jawab Erika.
Dalam temu bual itu, Erika turut mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkannya adalah lelaki. Sambil menitiskan air mata, selebriti berusia 30 tahun itu berkata, dia berasa sudah tiba masanya untuk berlaku jujur dan mengakui kesilapan yang telah dilakukannya.
“Ini memang kesalahan saya. Saya hanya ingin bercakap jujur. Saya tidak fikir sama ada masyarakat akan menerima atau tidak, saya hanya mahu mengakui kesalahan saya,” katanya.
Menurut Erika, dia enggan menggugurkan kandungannya meskipun menyedari risiko yang perlu ditanggung. Sebaliknya, dia memilih untuk bertanggungjawab penuh membesarkan anak tersebut.
“Saya tidak mahu lari daripada tanggungjawab. Malah, keluarga juga tidak menyokong jika saya mengambil keputusan untuk menggugurkannya. Orang pertama yang tahu keadaan saya ialah ibu dan ayah,” jelasnya lagi.
Jelas Erika, biarpun tanpa sokongan penuh dari pasangan, dia tetap bersedia menjadi ibu tunggal dan berjanji akan membesarkan anak itu sendiri.
“Walau sesusah mana pun, saya tetap akan bertanggungjawab. Sama ada bersendirian atau dibantu orang sekeliling, saya harus pertanggungjawabkan semuanya sendiri,” katanya.
Erika menjangkakan akan melahirkan anak sulungnya pada 8 Ogos 2025. Apabila ditanya tentang identiti bapa kepada anak dalam kandungannya, Erika memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci, meskipun pernah merancang untuk berkahwin dengan lelaki berkenaan.
“Bapanya ada. Dulu kami sepakat untuk tanggungjawab bersama. Tetapi akhirnya saya buat keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinan kerana beberapa sebab,” katanya.
Tambahnya, dia hanya mengetahui lelaki tersebut mempunyai anak hasil hubungan terdahulu selepas keluarga mereka saling bertemu.
“Saya diberitahu oleh ayahnya bahawa dia sudah pun mempunyai seorang anak. Saya hanya tahu perkara itu sewaktu kami sedang merancang untuk berkahwin,” ujarnya.
Akibat ketidaksefahaman yang timbul ekoran pendedahan itu, mereka akhirnya membatalkan hasrat untuk berkahwin.
Untuk rekod, Erika Carlina mula dikenali sebagai model dan personaliti media sosial sebelum melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan. Antara filem yang pernah dibintangi oleh Erika termasuklah Pengantin Setan, Sakral serta filem seram popular yang mencapai kutipan Box Office, Pabrik Gula.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh, Ameera Khan menyuarakan pendiriannya terhadap sikap segelintir netizen yang sering mempersoalkan setiap gerak-gerinya di media sosial.
Menurut Ameera, dia perlu berdepan dengan pelbagai reaksi netizen dan ada kalanya dia agak keterlaluan.
“Ada kalanya, saya berharap yang saya juga boleh mempersoalkan kehidupan anda seperti mana anda lakukan kepada saya.
“Namun, saya faham kehidupan saya jauh lebih menarik daripada kehidupan anda.
“Malah, saya juga berharap yang saya boleh hantar penampar secara virtual namun itu bukanlah kelakuan sopan sebagai seorang wanita,” tulisnya.
Perkara itu diluahkan Ameera menerusi satu hantaran di Instagram Stories.
Adik kepada selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa ini juga menjelaskan, meskipun dia sedar akan tanggungjawab sebagai figura awam, namun itu tidak bermakna semua perkara dalam hidupnya wajib dikongsi kepada umum.
“Ada yang kata, saya sendiri yang memilih kehidupan di media sosial ini namun, itu tidak bermakna segalanya harus diperjelaskan.
“Terutama sekali kepada anda yang tidak penting dalam kehidupan saya. Saya buat apa yang saya suka.
“Itu adalah Instagram, pasangan, keluarga dan duit saya. Jika saya pinjam daripada anda, ya anda ada hak untuk bersuara,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Ameera turut berkongsi pengalaman peribadi berdepan kecaman dan tohmahan sepanjang bergiat aktif dalam dunia media sosial.
Menurutnya, tidak ramai yang sanggup melalui tekanan yang pernah dialaminya.
“Saya juga ada tahap kesabaran. Bayangkan jika anda perlu terima separuh daripada apa yang saya hadap selama ini, mungkin anda akan hantar mereka atau masuk sendiri ke dalam penjara.
“Jadi, saya anggap diri saya ini seorang yang penyabar. Jika anda nak terus ikut saya di platform media sosial, terima kasih.
Saya sangat hargainya. Jika tidak, ia langsung tidak mengubah apa-apa dalam kehidupan saya,” kongsinya lagi.
Menjawab pertanyaan seorang netizen mengenai kekasihnya, pelakon Indonesia Jefri Nichol, Ameera menjelaskan mereka kini sedang menjalani hubungan jarak jauh dan itulah sebabnya dia tidak lagi kerap memuat naik foto bersama.
Walau jarang berkongsi perkembangan hubungan mereka, Ameera menegaskan bahawa ia bukan petanda bahawa hubungan mereka sedang bermasalah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ameera Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...