Beralih bidang dari nyanyian ke dunia lakonan, Ebi Kornelis bangga kerana terpilih memegang watak utama dalam filem Misi Operasi X (MOX) arahan Datuk Zulkeflie M.Osman.
Bagaimanapun menerusi filem bergenre aksi itu, Naib juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) dilihat banyak memaparkan aksi ‘tayang’ badan.
Ditanya mengenai perkara tersebut, lelaki ini ada jawapannya sendiri.
“Saya sebagai seorang pelakon sahaja, selebihnya saya ikut arahan pengarah yang mahu menjayakan filem ini.
“Saya hanya hormat naskah itu dan tiada niat lain mahu menayang badan sasa,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, peminat turut berasa gembira apabila melihat Kaka yang semakin berbahagia setelah menjadi seorang ibu.
Terdahulu, Kaka telah mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aslan Adam pada 11 Oktober lalu.
Foto : Instagram Kaka Azraff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecemerlangannya diiktiraf dengan meraih lima anugerah termasuk Terbaik Dalam Tajwid, Sirah, Jawi, Bahasa Arab dan keseluruhan subjek, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi momen istimewa anaknya, Bella sewaktu majlis anugerah cemerlang di sekolah.
Jelas Angkasawan Negara ini, setiap usaha pasti diiringi kejayaan dan jangan sesekali menyerah kalah.
“Video – Hari Anugerah Bella …
“Today was a proud moment for Bella receiving some Awards for her achievement at her Islamic School .
“Only 5 Awards for this year but that’s okay …
Best in Tajwid
Best in Sirah
Best in Jawi
Best in Bahasa Arab
Best in Overall Subjects
“Alhamdulillah – Syukur as Always …
Bella been getting No 1 since the first day she joined Islamic School . It all comes easy for her.
“With determination and hardwork of course. Nothing comes easy in life. You have to work hard to achieve your dreams,” tulisnya.
Bapa kepada empat orang anak ini juga menasihati agar ibu bapa terus mengingatkan anak-anak bahawa kerja keras dan melakukan tugas secara bijak adalah kunci kepada sukses.
“And never say how smart you are to a Child. Instead say how hard you have worked to achieve these success.
“Never let a child think they are smart. Work Hard & Work Smart is the key. Just sharing.
“Salam Everyone. Love As Always. PS – There’s Adam on the stage too followed by Noah . Haha,” kongsinya lagi.
Pelakon senior, Didie Alias mendedahkan dia pernah mengalami pengalaman pahit bersama anak-anak.
Malah, dirinya turut merasakan ia adalah sesuatu momen perit.
Kongsi Didie, ketika itu dia tidak mempunyai wang secukupnya untuk menyara lima orang anaknya.
“Perkara yang paling sedih bagi saya adalah ketika dulu kami anak-beranak tidur di satu sudut sebelah sinki dapur di rumah (apartment) kakak angkat di Setapak, Kuala Lumpur.
“Ketika itu saya tidak bekerja dan tiada duit. Apabila saya lihat lima orang anak saya, saya berkata dalam hati “Ya Allah , mampukah aku untuk menjaga mereka?,” kongsinya ketika itu hanya mempunyai RM5 sahaja.
Didie ditemui di sidang media Lefest Mega Raya 2020 di Pelantaran 2, PWTC pada Rabu.
Tekad membesarkan anak-anak dengan sempurna, Didie yang juga merupakan artis Komedi Wanita Popular (ABPBH 2011) mahu mencari ‘jalan keluar’ untuk memberi keselesaan kepada anak-anaknya.
“Selepas setahun, saya berjanji dengan Allah dan diri sendiri untuk mengubah kehidupan kearah yang lebih baik untuk mencari duit dan mencari kerja bagi membesarkan anak-anak.
“Setahun kemudian, ya memang benar Allah bagi. Ketika itu saya bekerja di sebuah syarikat dan syarikat itu memberikan saya kereta Iswara, pada sebelah petang pula saya meniaga jual satay.
“Saya percaya itu rezeki dari Allah kerana amanah (anak-anak) kita jaga dengan baik dan Dia akan balas di kemudian harinya,” kata Didie kepada MH.
“Ada dua orang anak saya tidak ke sekolah tadika kerana masalah kesempitan wang, mereka terus ke sekolah rendah.
“Tetapi disebabkan kakak mereka yang menjadi tunggak banyak memberi dorongan dan sokongan kepada adik-adik yang lain. Dia juga banyak membantu saya untuk menguruskan adik-adik sekolah,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Didie merupakan presiden Lefest Mega Raya 2020 yang merupakan sebuah karnival keluarga yang memfokuskan kepada usahawan bumiputra.
Jelajah tersebut bakal diadakan bermula tahun depan di beberapa lokasi terpilih bermula penghujung Mac dan berakhir pada Disember.
Antara selebriti yang bakal memeriahkan karnival terbabit ialah seperti Rozita Che Wan dan suami, Ruhainies, Nana Mahazan, Aidil Aziz, Ozlynn dan ramai lagi.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.