Baru sahaja peminat ingin menerima kenyataan bahawa kumpulan KRU akan dibubarkan awal Mei nanti, kini terpaksa menerima satu lagi berita mengejut apabila salah seorang ahlinya, Edry Abdul Halim berhasrat untuk berhijrah ke luar negara.

Penyanyi dan juga komposer lagu itu berkata, salah satu punca pembubaran kumpulan tersebut adalah kerana masing-masing ingin memberikan tumpuan kepada keluarga.

‘Saya Gunakan Banyak Masa Ajar Orang Menyanyi, Tetapi Anak Sendiri…’ Edry Nekad Ke Luar Negara Demi Anak

IKLAN

“Malaysia tiada sekolah khas untuk austisme dan anak ketiga saya itu sudah nak masuk 11 tahun namun masik belum boleh bercakap. Cikgu di sekolahnya suruh kami hantar ke sekolah lain.

“Anak saya tidak boleh bercakap lagi. Perkara itu buat saya berfikir bahawa saya gunakan banyak masa ajar orang menyanyi tapi anak sendiri masih tak boleh bercakap.

“Penghijrahan itu untuk anak-anak,” katanya kepada Mstar Online

Anak ketiga Edry, Emery merupakan anak Autisme. Perkahwinannya dengan Milia Mohammed pada November 199 mengurniakan pasangan tersebut 4 orang anak iaitu Emil, Edylia, Emery dan Elya.

Sementara itu, Edry turut berkongsi perancangannya semasa berada di negara orang kelak.

IKLAN

“Insya-Allah kita cuba setahun dahulu dan tengok perkembangan sama ada dia boleh terima atau tidak.

“Selain itu, saya nak sambung belajar kerana itu impian saya yang tidak tercapai. Dulu saya sibuk menyanyi sejak umur 16 tahun dan hanya ambil Sijil Pelajarann Malaysia (SPM) sahaja,” ujarnya lagi.

KRU yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk Norman, Yusry dan Edry mengumumkan untuk membubarkan kumpulan yang dibina sejak 25 tahun lalu.

‘Saya Gunakan Banyak Masa Ajar Orang Menyanyi, Tetapi Anak Sendiri…’ Edry Nekad Ke Luar Negara Demi Anak

IKLAN

Konsert Gegarsi 25 KRU yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Mei depan di Istana Budaya merupakan penampilan terakhir mereka sebagai penyanyi berkumpulan.

sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI